Rancangan untuk mengembara di kota London selepas menunggang ribuan batu dari Kuala Lumpur bertukar menjadi mimpi ngeri apabila jentera ditunggang, BMW S 1000 XR hilang di Jalan Tooley, London. Menurut laporan media tempatan, Paul Wong kehilangan jentera terbabit di tempat letak motosikal di hadapan Shad Indian Restaurant di Jalan Tooley. BMW S 1000 XR berwarna…
Tag: MOTO
Harley Davidson Motor Company melancarkan barisan model bagi tahun 2020 termasuk model baharu bagi segmen Touring, Electra Glide Standard. Harley-Davidson Electra Glide Standard menawarkan pengalaman tunggangan yang diinspirasikan daripada Harley-Davidson Grand American Touring. Direka khas bagi yang gemar menunggang jarak jauh, jentera baharu ini membolehkan penunggang untuk membebaskan diri daripada kesibukan kota sambil menikmati pengalaman…
Ketika rata-rata berpendapat Johann Zarco sebagai calon sesuai untuk menggantikan Jorge Lorenzo di Repsol Honda musim depan, Aleix Espargaro berpendapat sebaliknya. Pelumba Aprilia Racing, Espargaro berpendapat Alex Marquez sebagai calon yang lebih baik untuk digandingkan dengan Marc Marquez musim depan. “Jika Honda membuat keputusan untuk mengambil Alex, saya rasa itu keputusan yang baik. “Saya akan…
Dunia hypebeast dan peminat barangan vintaj pastinya mengenali Sean Wotherspoon, ikon dunia fesyen vintaj Amerika Syarikat. Selepas mengukir nama dengan Nike menerusi Nike Air Max 97/1 Sean Wotherspoon, kini pengeluar motosikal skuter Itali, Vespa, turut mengambil langkah sama. Vespa dan Wotherspoon telah menjalinkan kerjasama bagi menghasilkan Vespa Primavera 2020 X Sean Wotherspoon. Sepertimana Nike dan…
Budaya kereta kustom bukan perkara baharu apatah lagi menggunakan bahagian lama untuk menghidupkan kembali sebuah kereta lain tetapi menggunakan bahagian kereta lama untuk menghasilkan sebuah motosikal mini mungkin satu perkara asing. Seorang pereka, Brent Walter, telah menghasilkan motosikal mini dengan menggunakan bahagian daripada Volkswagen Beetle Type 1. Walter mengambil empat bahagian fender daripada Beetle Type…
Pihak berkuasa telah menahan ibu bapa dan penjaga kepada enam kanak-kanak dan remaja yang terlibat menunggang basikal lajak di Ampang, Ahad lalu. Menurut laporan Berita Harian, kanak-kanak termasuk seorang remaja berumur lingkungan 11 hingga 16 tahun turut dikenakan saman dengan basikal disita mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner…
Ketika pengeluar lain menjadikan EICMA 2019 sebagai medan memperkenalkan model baharu bagi 2020, Husqvarna mempunyai perancangan tersendiri apabila mengumumkan keputusan untuk kembali ke Moto3 musim depan. Pasukan Max Racing, milik empat kali juara dunia 250cc, Max Biaggi, akan mengguna pakai Husqvarna FR 250 GP bagi saingan Moto3 2020 termasuk dengan sokongan penuh daripada pasukan Husqvarna…
Selepas tujuh tahun penantian akhirnya KTM 390 Adventure dilancarkan di EICMA 2019! Jentera segmen adventure ini dijangka akan menarik perhatian ramai pencinta dua roda yang rata-rata mencari motosikal adventure tanpa perlu menghabiskan duit simpanan. Berkongsi enjin sama dengan KTM 390 Duke, model baharu ini diinspirasikan daripada 790 Adventure yang baru sahaja dilancarkan awal tahun ini….
Seperti yang dijangkakan, BMW Motorrad memperkenalkan S1000 XR yang telah dikemaskini bagi tahun 2020. Jentera baharu ini kini 10 kilogram lebih ringan berbanding sebelumnya dan enjin diguna pakai diambil terus daripada S1000 RR 2019 dan mampu menghasilkan 165hp pada 11,000rpm dan 114Nm pada 9,250rpm. S1000 XR 2020 ini turut didatangkan dengan sistem BMW Motorrad Dynamic…