EICMA 2019: Segmen ‘Entry-Level’ Dapat Ahli Baru, KTM 390 Adventure Diperkenalkan!

Selepas tujuh tahun penantian akhirnya KTM 390 Adventure dilancarkan di EICMA 2019!

Jentera segmen adventure ini dijangka akan menarik perhatian ramai pencinta dua roda yang rata-rata mencari motosikal adventure tanpa perlu menghabiskan duit simpanan.

Berkongsi enjin sama dengan KTM 390 Duke, model baharu ini diinspirasikan daripada 790 Adventure yang baru sahaja dilancarkan awal tahun ini.

Persoalannya, adakah KTM 390 Adventure sebagus abangnya yang lain?

Pengalaman 20 tahun dalam rali Dakar serta penyelidikan selama tujuh tahun telah membawa kepada lahirnya ‘adik’ baharu ini dalam keluarga KTM.

Meskipun sekadar bersesaran 373.2cc satu silinder namun masa yang diberikan terhadap pembinaan jentera tersebut membuktikan KTM memberi tumpuan sepenuhnya dalam menghasilkan jentera adventure segmen entry-level yang berkualiti.

Ini merupakan berita baik buat peminat jentera dua roda di Malaysia yang mengidam motosikal adventure ‘mampu milik’.

Model baharu ini menawarkan beberapa ciri menarik antaranya:

  • Kerangka steel trellis
  • Rantai x-ring
  • Kaliper brek empat piston ByBre
  • ABS
  • Fork depan WP boleh laras
  • Sistem KTM My Ride

KTM 390 Adventure tampil dengan dua warna pilihan, oren atau puith dengan kemasan berwarna oren tetapi kami syorkan warna oren, kerana ‘This is KTM’!