EICMA 2019: Husqvarna Kembali Sertai Moto3 Bersama Max Racing

Ketika pengeluar lain menjadikan EICMA 2019 sebagai medan memperkenalkan model baharu bagi 2020, Husqvarna mempunyai perancangan tersendiri apabila mengumumkan keputusan untuk kembali ke Moto3 musim depan.

Pasukan Max Racing, milik empat kali juara dunia 250cc, Max Biaggi, akan mengguna pakai Husqvarna FR 250 GP bagi saingan Moto3 2020 termasuk dengan sokongan penuh daripada pasukan Husqvarna Factory.

Sementara itu, Max Racing akan mempertaruhkan Romano Fenati dan Alonso Lopez bersama jentera baharu tersebut.

Pernah dengar nama Fenati? Dia merupakan pelumba yang digantung daripada menyertai sebarang perlumbaan apabila bertindak menekan brek tangan Stefano Manzi dalam saingan Moto2 di Misano musim lalu.

FIM turut bertindak menggantung lesen perlumbaannya sehingga hujung musim 2018 malah disingkirkan daripada pasukannya, Marinelli Snipers.

Bagaimanapun, Marinelli membuat kejutan apabila kembali menandatangani Fenati bagi musim 2019.

Kini, pasukan Max Racing bakal mempertaruhakn jentera baharu dengan Fenati sebagai pelumba tonggak.