Keluarga Touring Harley Davidson Berkembang Dengan Electra Glide!

Electra Glide Standard

Harley Davidson Motor Company melancarkan barisan model bagi tahun 2020 termasuk model baharu bagi segmen Touring, Electra Glide Standard.

Harley-Davidson Electra Glide Standard menawarkan pengalaman tunggangan yang diinspirasikan daripada Harley-Davidson Grand American Touring.

Direka khas bagi yang gemar menunggang jarak jauh, jentera baharu ini membolehkan penunggang untuk membebaskan diri daripada kesibukan kota sambil menikmati pengalaman tunggangan yang selesa.

Electra Glide Standard ditawarkan dengan harga RM132,400.

Road Glide Special

Selain daripada Electra Glide, Harley Davidson turut memperkenalkan beberapa model lain antaranya Road King, Road King Special, Street Glide Special, Road Glide Special dan Ultra Limited.

Road King

Pelancaran model baharu ini termasuk dengan pengenalan kepada beberapa teknologi terkini menyumbang ke arah inisiatif Harley Davidson untuk melahirkan generasi penunggang motosikal baharu.

Street Glide Special

Antara ciri baharu yang terdapat pada keluarga Touring Harley Davidson adalah Reflex Defensive Rider System.

Menurut Johan Kleinsteuber, Pengarah Urusan Harley-Davidson Asia Emerging Markets, dia yakin model baharu ini akan menarik minat penunggang motosikal di Malaysia.

“Minat mendalam terhadap jentera Harley Davidson di Malaysia sedang meningkat dan tahun 2020 merupakan masa tepat untuk mereka mencari jentera baharu.

“Dengan harga bermula serendah RM62,800, kami yakin pelanggan berminat dengan pengalaman tunggangan yang ditawarkan Harley Davidson,” jelasnya.