Cetus Bunyi Bising Di Pantai, Kumpulan Mat Rempit Di Serang Orang Awam

Kebiasannya, ‘mat rempit’ menjadikan stesen minyak, tepi lebuhraya dan acara besar sebagai medan untuk uji bunyi jentera siapa yang lebih kuat tetapi dalam satu kejadian di Lahad Datu, Sabah, kumpulan ini bertindak sedemikian di tepi pantai. Menurut perkongsian video di Facebook, orang awam yang sedang beriadah di tepi pantai telah bersemuka dengan kumpulan mat rempit…

Sensor Pada Kereta Moden Gagal Kesan Kedudukan Motosikal – ACEM

Menurut kajian yang dijalankan di Eropah, sistem sensor yang terdapat pada kereta tidak dapat mengesan kehadiran motosikal secara efektif. Ketika ini, setiap kenderaan empat roda telah dilengkapi dengan pelbagai teknologi yang boleh memudahkan pemanduan antaranya ‘automatic lane assist’, ‘adaptive cruise control’, dan sistem pemanduan separa autonomi. Bagaimanapun, menurut kajian yang dijalankan Kumpulan Industri Motosikal Eropah…

Terima Arahan Kementerian Pengangkutan, Dego Ride Tangguh Operasi

Servis e-hailing motosikal tempatan, Dego Ride, telah memberhentikan sementara perkhidmatan selepas dua hari beroperasi susulan menerima arahan daripada Kementerian Pengangkutan. Ketua Pegawai Eksekutif Dego Ride, Nabil Feisal Bamadha berkata pihaknya akan melakukan pelancaran semula pada tarikh lain. Menurut laporan Malaysiakini, Nabil menjelaskan bahawa setiap ‘rider’ telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut. “Kami mendapat maklum balas positif…

Rizoma Lancar Aksesori Khas Moto Guzzi V85TT

Disebabkan model klasik enduro Moto Guzzi V85TT semakin mendapat tempat di hati peminat dua roda terutamanya di Eropah, pengeluar aksesori motosikal, Rizoma, telah melancarkan koleksi aksesori khas bagi model tersebut. Siapa yang tak kenal jenama Rizoma? Dari pengguna kapcai sehinggalah ke superbike. Rizoma sememangnya terkenal dengan penjualan aksesori yang membolehkan mana-mana jentera kelihatan lebih garang…

BMW Panggil Semula G310 GS Dan G310 R Susulan Masalah Brek

Motosikal BMW sememangnya memiliki reputasi tersendiri terutamanya dalam aspek kualiti tetapi mereka juga tidak terlepas daripada senario memanggil semula beberapa jentera sebelum ini. Kali ini, jentera yang dipanggil semula melibatkan model mampu milik dalam keluarga BMW. Baru-baru ini, BMW Motorrad mengumumkan bahawa mereka memanggil semula model G 310 GS (2018-2020), G 310 R (2017-2020) serta…

418 Saman Dan Lapan Kenderaan Disita JPJ Ketika Operasi Di Lebuhraya DUKE

Lebih 418 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi yang dijalankan di Plaza Tol Lebuhraya Duke, Sentul Pasar, Isnin lalu. Menurut laporan The Star, lebih 956 kenderaan telah diperiksa 42 pegawai JPJ yang terlibat dalam operasi yang berjalan lebih empat jam tersebut. Pengarah JPJ, Datuk Ismail Mohd Zawawi menjelaskan bahawa operasi tersebut memfokuskan terhadap…

Servis E-hailing Dan Penghantaran Guna Motosikal Perlu Jalani Program CSSP

Kementerian Pengangkutan akan memastikan semua motosikal yang terlibat dengan servis e-hailing dan penghantaran perlu menjalani Program Sokongan Keselamatan Perjalanan (CSSP). CSSP merupakan program yang dijalankan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) yang bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dikalangan penunggang motosikal. Cadangan meluluskan servis e-hailing motosikal di Malaysia…

Perkhidmatan Gojek Dapat Lampu Hijau Daripada Kabinet

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman memaklumkan bahawa cadangan untuk membenarkan servis e-hailing Gojek beroperasi di Malaysia telah mendapat lampu hijau daripada Kabinet. Menurut laporan The Star, Syed Saddiq menyifatkan langkah ini sebagai langkah membuka peluang perniagaan kepada ‘mat motor’di Malaysia. “Kami ikhlas dalam memastikan ‘mat motor’ ada peluang pekerjaan. “Pada masa sama,…

Hafizh Sah Beraksi Di Silverstone Selepas Pulih Daripada Kecederaan

Hafizh Syahrin kembali cergas sepenuhnya untuk beraksi di litar Silverstone hujung minggu ini setelah mengalami kecederaan gegar otak dan siku di Red Bull Ring sebelum ini. Hafizh berdepa saat getir dala kariernya apabila dia masih belum mengesahkan masa depannya bagi musim 2020 selepas kehilangan tempat di KTM Tech3 kepada Brad Binder. Bagaimanapun, susulan insiden di…