Rizoma Lancar Aksesori Khas Moto Guzzi V85TT

Disebabkan model klasik enduro Moto Guzzi V85TT semakin mendapat tempat di hati peminat dua roda terutamanya di Eropah, pengeluar aksesori motosikal, Rizoma, telah melancarkan koleksi aksesori khas bagi model tersebut.

Siapa yang tak kenal jenama Rizoma? Dari pengguna kapcai sehinggalah ke superbike. Rizoma sememangnya terkenal dengan penjualan aksesori yang membolehkan mana-mana jentera kelihatan lebih garang berbanding rupa standard.

Rizoma memperkenalkan 17 aksesori khas bagi Moto Guzzi V85TT yang terdiri daripada pelindung lampu depan, cermin anti silau dengan cermin aspheric, rali pegs (foot peg) bagi penunggang dan pembonceng, kickstand extension, pod lampu isyarat kiri dan kanan, serta lever brek dan klac.

Kesemua aksesori ini didatangkan dengan gabungan warna hitam dan merah dan boleh dipadankan dengan ketiga-tiga warna yang terdapat pada V85TT.

 

Difahamkan, setiap komponen berharga dari USD19 hingga USD192.

Menerusi aksesori ini, pemilik V85TT boleh mengubah jentera mengikut cita rasa sendiri. Meskipun rata-rata aksesori ini hanya akan mengubah nilai estetik namun penggunaan rali peg mampu membawa perbezaan ketara terutamanya ketika merentas permukaan ‘off-road’.

Pemilik V85TT boleh membuat tempahan di laman sesawang Rizoma.

 

(SUMBER: Ride Apart)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]