Terima Arahan Kementerian Pengangkutan, Dego Ride Tangguh Operasi

Servis e-hailing motosikal tempatan, Dego Ride, telah memberhentikan sementara perkhidmatan selepas dua hari beroperasi susulan menerima arahan daripada Kementerian Pengangkutan.

Ketua Pegawai Eksekutif Dego Ride, Nabil Feisal Bamadha berkata pihaknya akan melakukan pelancaran semula pada tarikh lain.

Menurut laporan Malaysiakini, Nabil menjelaskan bahawa setiap ‘rider’ telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

“Kami mendapat maklum balas positif daripada pelanggan kami,” katanya.

Dalam perkembangan sama, pihak kementerian ketika ini telah membenarkan Dego Ride dan Gojek – servis e-hailing motosikal Indonesia – untuk beroperasi di Malaysia.

Inisiatif memperkenalkan servis e-hailing motosikal bermula daripada cadangan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq, yang mahu memberi peluang perniagaan kepada ‘mat motor’di Malaysia.

Pada Januari 2017, kerajaan pimpinan Barisan Nasional telah mengarahkan Dego Ride memberhentikan operasi mereka dan pada September 2018, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, turut berkata Malaysia belum bersedia untuk menerima servis seumpamanya beroperasi.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply