MODENAS telah mengemas kini varian Pulsar RS200 dengan pilihan warna dan grafik baharu yang tampak lebih segar. Bagi tahun 2021, Pulsar RS200 tampil dengan tiga pilihan warna, Pearl Metallic White, Pewter Gray serta Burnt Red. RS200 merupakan keluarga Pulsar dengan fairing penuh sementara NS200 merupakan model gaya ‘naked’ namun kedua-duanya digerakan dengan enjin satu silinder…
Tag: Modenas Pulsar RS200
Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) memperkenalkan warna dan grafik baharu bagi motosikal popular, Pulsar RS200. Dilancarkan julung kalinya pada 2017, RS200 merupakan motosikal segmen 200cc yang paling mampu milik ditawarkan dalam pasaran. Bagi tahun 2021, Pulsar RS200 ini tampil dengan pilihan warna Pearl Metallic White, Pewter Gray serta Burnt Red. Aspek paling menonjol…
Modenas dengan kerjasama Bajaj akan menganjurkan satu program interaksi “Let’s Talk Modenas Bajaj” di Pulau Pinang pada 14 April 2018. Ke semua pemilik motosikal Modenas Pulsar RS200, NS200 dan V15 yang berada di wilayah utara dijemput hadir. Program interaksi kali ke-empat mereka itu akan diadakan di Dewan Seminar Restoran Pelita yang terletak di Autocity, Juru,…
Sebuah motosikal buatan khas Bajaj Pulsar RS200 telah ditukar menjadi sebuah motosikal yang berilhamkan motosikal Kawasaki H2. Pembina motosikal buatan khas dari Vietnam, Leeat Moto merupakan pembina yang bertanggungjawab bagi motosikal buatan khas ‘Bajaj Pulsar RS2’ ini. Sebahagian daripada kelengkapan buatan khasnya adalah reraup serba baru, fork hadapan Ohlins, ekzos Akrapovic, dan bermacam-macam lagi kelengkapan…
Bajaj Auto telah menyingkap tirai di sebalik motosikal Bajaj Dominar 400 2018 di India, yang mana ia didatangkan dengan dua warna baru; Canyon Red dan Glacier Blue. Motosikal Dominar 400 ini dijana oleh enjin 373cc satu silinder dan dijangka bakal tiba di Malaysia dalam suku pertama tahun 2018. Bajaj juga turut memperkenalkan pengemaskinian motosikal…
Berita terkini melaporkan bahawa pencuri kini mulai mensasarkan brek ByBre. ByBre, singkatan untuk ” By Brembo”, adalah sebuah jenama yang telah dibangunkan oleh pengeluar brek terkenal itu khusus untuk motosikal berkapasiti kecil dan sederhana. Motosikal-motosikal seperti Modenas Pulsar RS200, Modenas Pulsar NS200, KTM 250 Duke, KTM 390 Duke dan bermacam-macam lagi model yang lain…
Modenas telah menganjurkan satu program yang teramat istimewa untuk lebih kurang 300 orang pemilik motosikal Modenas semalam (Sabtu, 30 Disember 2017) yang dinamakan Gempak Santai Modenas. Mereka yang telah menghadiri acara berkenaan semalam telah menikmati pelbagai aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan termasuklah cabutan bertuah, tunggang uji, dan kempen penyelenggaraan untuk motosikal kesayangan mereka. Tujuan program tersebut…
Pengeluar motosikal kebangsaan, MODENAS telah menganjurkan sebuah acara besar-besaran meraikan duah buah model Pulsar terkini mereka. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang hari sewaktu acara berkenaan berlangsung. Hadiah utama cabutan bertuah acara berkenaan merupakan sebuah motosikal Modenas Pulsar NS200 serba baru.
Pertandingan pembinaan motosikal Bakat Besi telah membuat keputusan akhir mereka dalam pemilihan 12 perekabentuk dan pengubahsuai motosikal bagi Peraduan Reka & Bina. Dianjurkan oleh R8der, sebuah jenama prestasi dan gaya hidup di bawah naungan Modenas, enam pasukan akan bertanding sesama sendiri untuk membina motosikal buatan khas Modenas Pulsar RS200, NS200 dan V15 yang terbaik. Tiga…