MODENAS Pulsar RS200 Dengan Warna Baharu Bagi 2021 – RM9,990

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) memperkenalkan warna dan grafik baharu bagi motosikal popular, Pulsar RS200.

Dilancarkan julung kalinya pada 2017, RS200 merupakan motosikal segmen 200cc yang paling mampu milik ditawarkan dalam pasaran.

Bagi tahun 2021, Pulsar RS200 ini tampil dengan pilihan warna Pearl Metallic White, Pewter Gray serta Burnt Red.

Aspek paling menonjol adalah penggunaan rim berwarna putih dengan kemasan ala gentian karbon di bahagian panel depan dan belakang di samping logo Pulsar kini terpampang di tempat duduk

Model ini masih lagi mengekalkan enjin 199.5cc satu silinder SOHC, dengan penyejukan cecair yang menawarkan 24.5hp pada 9,750rpm dan 18.6Nm pada 8,000rpm.

Sistem membrek dikendalikan ABS satu saluran dengan bantuan cakera break 300mm depan dan 230mm belakang.

Antara ciri lain:

  • fork teleskopik depan
  • nitrox mono-shock belakang
  • tangki 13L

Menariknya, model 2021 ini masih lagi ditawarkan pada harga RM9,990 (sebelum cukai jalan dan insurans).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.