Bakat Besi Memperkenalkan Perekabentuk dan Pengubahsuai untuk Pertandingan Pembinaan Motosikal Terulung Di Malaysia!

  • Pertandingan pembinaan motosikal Bakat Besi telah membuat keputusan akhir mereka dalam pemilihan 12 perekabentuk dan pengubahsuai motosikal bagi Peraduan Reka & Bina.
  • Dianjurkan oleh R8der, sebuah jenama prestasi dan gaya hidup di bawah naungan Modenas, enam pasukan akan bertanding sesama sendiri untuk membina motosikal buatan khas Modenas Pulsar RS200, NS200 dan V15 yang terbaik.
  • Tiga pemenang utama akan dipilih untuk membawa pulang hadiah bernilai RM10,00 dan kontrak pengilangan selama dua tahun.

 

Program pencarian bakat Kejuruteraan dan Rekabentuk Motosikal yang pertama seumpamanya di Malaysia, Bakat Besi, telah memilih para pembina finalis bagi pertandingan pembinaan motosikal, Peraduan Reka Bina.Inisiatif yang teramat unik ini adalah hasil buah fikiran R8der, sebuah jenama prestasi dan gaya hidup Modenas, yang tertumpu kepada pencungkilan bakat tempatan yang terbaik dan memperagakan kemahiran serta tahap kreativiti mereka di atas sebuah platform kebangsaan.program pencarian bakat ini juga bertujuan untuk menggiatkan semula industri pengubahsuaian motosikal tempatan bagi mencipta modifikasi yang diterima ramai dan menjauhi pandangan serong yang telah dicipta dengan fenomena Mat Rempit.

 

Sejumlah dua belah pembina yang terdiri daripada enam perekabentuk dan enam pengubahsuai telah pun dipilih untuk memperserlahkan kemahiran mereka di atas tiga buah motosikal terkini dari Modenas, iaitu Modenas Pulsar RS200 2017,NS200, dan V15.

Para perekabentuk finalis adalah:

1. Cilik Motorsport
2. Panji Motor
3. Maju Mega Bike Racing
4. 16 Performance
5. UTM Racing
6. JND Garage

Bagi pengubahsuai finalis pula adalah:

1. E One Bikers
2. Eastern Bobber
3. Rusty Factory
4. Own Motor
5. Hungry Ghost Custom Inc
6. Wak Jep

Para pengubahsuai akan memfokuskan usaha pada rekaan serta pengayaan keseluruhan motosikal manakala para perekabentuk pula akan melakukan kerja dari segi talaan halus dan aspek prestasi jentera Modenas berkenaan.Sepasang enam buah pasukan yang terdiri daripada seorang perekabentuk dan seorang pengubahsuai akan bertanding  satu lawan satu sesama mereka bagi menghasilkan motosikal buatan khas yang terbaik di Malaysia.

Secara keseluruhannya, terdapat enam buah motosikal yang akan dibikin oleh pasukan-pasukan ini; dua buah Modenas Pulsar RS200, dua buah Modenas Pulsar NS200, dan dua buah Modenas V15. Para pasukan berkenaan telah mencabut undi pada awal hari ini untuk menentukan motosikal manakah yang akan dibawa pulang dan bersiap sedia menghadapi pertandingan bagi merebut gelaran sebagai yang terbaik di dalam negara.

Di akhir pertandingan ini, tiga pemenang akan dipilih berdasarkan tiga model motosikal berkenaan dengan hadiah utamanya merupakan wang tunai RM10,000 beserta kontrak pengilangan selama dua tahun. Pemenang akan dipilih berdasarkan pemilihan yang dibuat oleh panel yang terdiri daripada para professional di dalam industri dan juga oleh orang awam.

Sebagai sebahagian daripada keseluruhan pertandingan berkenaan, sebuah siri video sembilan episod yang akan berkisarkan proses dan perkembangan ke semua perekabentuk dan pengubahsuai hebat ini di sepanjang pengembaraan dalam membangunkan motosikal buatan khas Modenas yang terbaik di dalam negara.

Satu lagi bahagian dalam pertandingan Bakat Besi yang dinamakan Reka Sifu akan berfokuskan tentang penghasilan rekaan konsep atau kemasan grafik motosikal yang terbaik untuk motosikal terkini Modenas. Dan seperti mana cabaran perekabentuk yang di atas, pemenangnya akan dipilih oleh panel penghakiman yang terpilih dan juga oleh undian awam.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pertandingan pembinaan motosikal Bakat Besi: Peraduan Reka Bina ini, layarilah laman sesawang rasmi R8der, atau laman Facebook rasmi mereka.

 

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]