Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMSB) dengan secara rasminya telah melancarkan model Kawasaki Ninja ZX-10RR dan Ninja ZX-6R 2019. Pelancarannya telah diadakan di KLIMS 2018 bersama dengan pengenalan produk Kawasaki Genuine Oil. Kedua-dua model ZX-10RR dan ZX-6R baharu telah ditetapkan pada harga RM159,900 dan RM79,900.
Tag: kmsb
Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah menganjurkan acara Kawasaki Track Day 2018 pada hari Ahad (6 Mei 2018) yang lalu. Kira-kira 100 orang pemilik Kawasaki telah menyertai acara hari litar yang menyeronokkan ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Juara ARRC 2017, Azlan Shah Kamaruzaman juga turut serta dalam acara ini bagi menguji jentera Ninja ZX-10R milik…
Pilihan warna yang baru bagi motosikal Kawasaki Z900 ABS 2018 kini sudah sedia untuk tempahan. Skema warna Metallic Green Black akan mula tersedia dari 16 April 2018 bersama dengan tiga pilihan skema warna yang sedia ada. Motosikal Z900 standard berharga RM49,158, manakala bagi varian Special Edition pula telah ditetapkan pada harga RM50,959 (harga asas beserta…
Kawasaki Z900RS 2018 telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Februari lalu, sebagai penghormatan bagi motosikal original tahun 1970-an, Kawasaki Z1, atau dikenali sebagai “Zephyr”. Asas utama agak mirip dengan Kawasaki Z900 ABS 2017, tetapi dengan pelbagai ‘kemaskini’ bermula dari casis, ke suspensi, brek, dan bermacam-macam lagi. Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah menetapkan harganya pada RM67,900…
Blogger Indonesia, Stephen Langitan, sedang dalam satu tunggangan solo dari Jakarta ke London Dia melakukan perjalanan tersebut dengan mengemudi sebuah motosikal kembara ringan, Kawasaki Versys-X 250. Dia telah mengunjungi Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. untuk satu sesi suai kenal.
Ada sumber yang boleh dipercayai yang mengatakan bahawa motosikal Kawasaki H2 SX 2018 mungkin akan tiba di Malaysia pada bulan Mei tahun ini. Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) pernah mengumumkan sebelum ini yang ianya akan memperkenalkan motosikal tersebut pada suku kedua tahun 2018. Bagi harganya pula, kami andaikan yang ianya akan berada di sekitar paras RM150,000.
Motosikal Kawasaki Z900RS 2018 adalah sebuah motosikal yang diilhamkan dari motosikal Z1 1972. Adakah ia sebuah motosikal klasik atau pun motosikal yang mempunyai kelas? Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah membenarkan kami menunggang uji ringkas motosikal tersebut.