Tak Perlu Lagi Rasa Cuak Dengan Kehadiran JPJ Ketika Ujian Memandu

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, memberi sokongan sepenuhnya terhadap sistem ujian elektronik bagi menggantikan sistem lama yang diguna pakai sebelum ini. Sebelum ini, setiap ujian memandu mewajibkan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) untuk duduk di sebelah pemandu. Pengenalan kepada ujian elektronik dengan penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) dan sensor membolehkan sistem lama itu diberhentikan….

Tiada Diskaun Bagi Bayaran Kompaun JPJ – Anthony Loke

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata tiada tawaran diskaun akan diberikan terhadap kompaun yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena musim Hari Raya ini. Menurutnya, kompaun tersebut dikeluarkan terhadap kesalahan lalu lintas seperti melanggar lampu merah, memintas di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, potong Q, tidak memakai tali pinggang keledar, memandu di lorong…

Cermin Gelap Menyukarkan Tugas Kami – Polis

Keputusan Kementerian Pengangkutan untuk meminda peraturan cermin gelap dalam satu sidang media yang diadakan semalam mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuk pihak berkuasa. Meskipun rata-rata menerima baik pindaan baharu itu – yang membenarkan cermin sisi kiri dan kanan bahagian penumpang termasuk cermin belakang boleh digelapkan tanpa had – namun sebaliknya bagi pihak polis. Menurut laporan…

Menteri Pengangkutan Umum Pindaan Baharu Peraturan Cermin Gelap

Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke telah mengumumkan pindaan terhadap peraturan lapisan filem atau cermin gelap bagi setiap kenderaan dalam satu sidang media yang berlangsung di Kementerian Pengangkutan Malaysia, hari ini. Peraturan sedia ada telah menetapkan bahawa ketelusan cahaya tampak bagi cermin hadapan adalah 70 peratus, cermin sisi (kiri dan kanan) bahagian pemandu 50 peratus dan…

JPJ Akan Mengawal Selia Harga Lesen Kereta Dan Motosikal

Kementerian Pengangkutan akan mula mengawasi harga yang dikenakan oleh institut pemanduan untuk lesen kereta dan motosikal. Bersama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan, harga-harga ini akan dikawal selia bagi memastikan keadilan dan kesaksamaan di seluruh negara. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berjanji akan memeriksa perkara ini dan institut yang didapati bersalah akan dibatalkan lesen operasi mereka.