Kawasaki KLR650 2022 Mendarat Di Thailand Dengan Dua Varian – Dari RM35,800!

Kawasaki KLR650 2022 mendarat di Thailand dengan dua varian ditawarkan menerusi versi ABS dan Adventure. Kawasaki KLR650 ABS dan Adventure ditawarkan pada harga THB268,500 (RM35,841) dan THB299,000 (RM39,913). *tukaran langsung matawang tidak mencerminkan harga sebenar Antara motosikal paling popular Kawasaki sejak diperkenalkan pada 1987, KLR650 kembali dengan model tahun 2022 selepas kali terakhir dikemas kini…

Kawasaki ZX7-RR 1996 Kondisi NOS Ini Untuk Dijual – RM224,500!

Hakikatnya, terdapat banyak motosikal klasik dan lama yang boleh didapati dengan mudah antaranya secara atas talian. Namun, tak semua menawarkan kondisi terbaik dan hampir pasti kesemua motosikal klasik ini telah pun merekodkan perbatuan yang tinggi. Bagaimanapun, kes berbeza bagi sebuah motosikal Kawasaki ZX7-R 1996 ini yang masih lagi tidak mencatatkan sebarang perbatuan walaupun selepas 25…

Kawasaki KLR650 2022: Ini 8 Perkara Anda Perlu Tahu!

Berita baik bagi pencinta motosikal ‘dual-sport’, Kawasaki mengumumkan kembalinya KLR650. Antara motosikal paling popular Kawasaki sejak diperkenalkan pada 1987, KLR650 akan kembali bagi tahun 2022 selepas kali terakhir dikemas kini pada 2008. Bagi memudahkan pembaca, kami senarai 10 perkara tentang Kawasaki KLR650 yang anda perlu tahu: Enjin Kawasaki mengekalkan enjin satu silinder 652cc DOHC dengan…

Power Cruiser Dari Kawasaki, Eliminator H2 Bakal Jadi Kenyataan

Timbul dakwaan Kawasaki Eliminator H2 memasuki peringkat pembangunan terakhir meskipun tiada info sahih bagi mengesahkan perkara itu. Khabar angin mengenai jentera ‘power cruiser’ itu timbul beberapa bulan lalu menerusi majalah Young Machine yang berkongsi imej ‘render’ jentera terbabit dengan nama ‘supercharged Vulcan’. Jarang sekali dakwaan Young Machine salah sekaligus memberi bayangan bahawa Kawasaki sememangnya giat…

Kawasaki Ninja ZX-14R 2021 Dipanggil Semula, Komponen Brek Tak Lengkap

Kawasaki Motors Corporation di Amerika Syarikat telah panggil semula beberapa model Ninja ZX-14R 2021. Panggilan semula itu membabitkan 84 unit motosikal ZX-14R 2021 susulan ‘brake master cylinder’ ketiadaan beberapa komponen dalaman yang boleh menganggu saliran cecair hidraulik sekaligus boleh menyebabkan brek depan tidak berfungsi dengan baik. Kawasaki dalam satu kenyataan menjelaskan telah menerima laporan dalaman…

Kawasaki ZX-10RR 2021 Kini Di Thailand – RM162,700!

Thailand International Motor Expo 2020 membuka tirai dengan pelancaran Kawasaki ZX-10RR 2021, hari ini. Seminggu selepas pelancaran global model itu, Thailand muncul negara Asia Tenggara pertama yang memperkenalkan ZX-10RR 2021. Thailand International Motor Expo 2020 edisi ke-37 ini menempatkan pelbagai pengeluar motosikal dunia dan akan berlangsung sehingga 13 Disember ini. Terhad kepada 500 unit seluruh…

KRT Dedah Rupa Jelas Kawasaki ZX-10RR 2021

Kawasaki Racing Team (KRT) kongsi imej jelas jentera baharu, Kawasaki ZX-10RR 2021 yang bakal beraksi di pentas Kejuaraan Superbike Dunia musim depan. Motosikal tersebut mengesahkan imej yang tular beberapa minggu lalu memaparkan model baharu ZX-10R dan ZX-10RR 2021. Tampil dengan grafik dan warna KRT, jelas Kawasaki melaksanakan perubahan besar terhadap sportbike premium itu. Antara aspek…

Kawasaki Perkenalkan Meguro K3 – 773cc, 51.2HP!

Kawasaki telah melancarkan Meguro K3, sebagai penghormatan terhadap jenama Meguro selaku pelopor pengeluar motosikal di Jepun. Meguro merupakan asal usul kewujudan Kawasaki sebagai pengeluar motosikal berkuasa besar di negara matahari terbit itu. Kawasaki Meguro K3 ini meneruskan kesinambungan Kawasaki 500 Meguro K2 yang telah pun diperkenalkan lebih 55 tahun lalu. Meguro K2 dihasilkan selepas Meguro…

Kawasaki Ninja ZX-10R Dan ZX-10RR 2021 Didedahkan!

Kawaski Ninja ZX-10R dan ZX-10RR telah didedahkan menerusi dokumen pensijilan kenderaan yang dikemukakan di Australia. Berdasarkan imej dalam dokumen tersebut memaparkan kedua-dua model kini tampil dengan reka bentuk ‘fairing’ serba baharu di samping enjin yang didakwa menepati piawaian Euro5. Menurut laporan Motorcycle.com, kedua-dua motosikal ini merupakan model yang akan diperkenalkan secara rasmi pada 23 November…