Kawasaki Ninja ZX-10R Dan ZX-10RR 2021 Didedahkan!

Advertisements

Kawaski Ninja ZX-10R dan ZX-10RR telah didedahkan menerusi dokumen pensijilan kenderaan yang dikemukakan di Australia.

Berdasarkan imej dalam dokumen tersebut memaparkan kedua-dua model kini tampil dengan reka bentuk ‘fairing’ serba baharu di samping enjin yang didakwa menepati piawaian Euro5.

Menurut laporan Motorcycle.com, kedua-dua motosikal ini merupakan model yang akan diperkenalkan secara rasmi pada 23 November ini oleh Kawasaki.

Meskipun imej yang disertakan dalam dokumen tersebut dalam bentuk resolusi rendah namuns sedikit sebanyak memaparkan beberapa ciri penting.

*Kawasaki ZX-10RR 2021

Reka bentuk lampu depan jelas diinspirasikan daripada Kawasaki H2 dengan penggunaan lampu (dijangka) LED namun lampu isyarat kiri dan kanan masih lagi diterapkan ke bahagian cermin sisi.

Menariknya, bahagian meter tampak seakan penggunaan paparan jenis TFT berwarna!

*Kawasaki ZX-10R 2021

Sementara itu, menurut dokumen tersebut, ZX-10R ini didatangkan dengan enjin 998cc yang menawarkan 200hp pada 13,200rpm manakala ZX-10RR menghasilkan 201hp pada 14,000rpm.

Angka tersebut menunjukkan peningkatan berbanding model sebelumnya lantas memberi bayangan enjin baharu ini telah dinaik taraf bagi mencapai Euro5.

Bagaimanapun, maklumat lebih terperinci dijangka akan diketahui selepas dilancarkan secara rasmi pada 23 November ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.