Kawasaki ZX-10RR 2021 Kini Di Thailand – RM162,700!

Advertisements

Thailand International Motor Expo 2020 membuka tirai dengan pelancaran Kawasaki ZX-10RR 2021, hari ini.

Seminggu selepas pelancaran global model itu, Thailand muncul negara Asia Tenggara pertama yang memperkenalkan ZX-10RR 2021.

Thailand International Motor Expo 2020 edisi ke-37 ini menempatkan pelbagai pengeluar motosikal dunia dan akan berlangsung sehingga 13 Disember ini.

Terhad kepada 500 unit seluruh dunia, Kawasaki ZX-10RR ini tampil dengan pelbagai kemaskini terbaru bagi tahun 2021 antaranya reka bentuk berbeza di samping pengenalan kepada skrin TFT dan sistem cruise control.

Meskipun ada yang akan mempersoal rekaan baharu ini tapi hakikatnya fokus utama pembangunan ZX-10R dan ZX-10RR ini adalah memastikan kejuaraan dunia di WSBK kekal jadi milik Kawasaki Racing Team (KRT) musim depan.

Menariknya bagi tahun 2021 dikala pengeluar lain memperkenalkan ciri ‘winglet’ Kawasaki melakukan rombakan besar terhadap bahagian depan.

Rekaan lampu depan kini tampak lebih agresif dan unik diinspirasikan daripada model H2.

Pada masa sama, fairing jentera baharu ini turut menghasilkan 17 peratus lebih ‘downforce’ berbanding model sedia ada.

Menariknya, ‘handlebar’ pada model 2021 ini turut mengikut acuan sama seperti yang terdapat pada mesin lumba milik Jonathan Rea!

Kawasaki turut memperkenalkan paparan TFT dengan keterhubungan Bluetooth, butang mod tunggangan mudah akses serta ‘electronic cruise control’.

Bahagian chasis turut dikemas kini dengan bahagian pivot point swingarm kini 1mm lebih rendah dan 8mm lebih panjang sekaligus meningkatkan kestabilan dan cengkaman tayar.

Enjin 998cc 4-inline juga kini berstatus Euro 5 dengan pelepasan emisi yang lebih rendah sekaligus menyaksikan pembakaran enjin lebih efisien di samping menawarkan kuasa sekitar 201hp.

Kawasaki Ninja ZX-10RR 2021 ini ditawarkan di Thailand dengan harga THB1,208,000 (RM162,700).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.