Kawasaki Perkenalkan Meguro K3 – 773cc, 51.2HP!

Kawasaki telah melancarkan Meguro K3, sebagai penghormatan terhadap jenama Meguro selaku pelopor pengeluar motosikal di Jepun.

Meguro merupakan asal usul kewujudan Kawasaki sebagai pengeluar motosikal berkuasa besar di negara matahari terbit itu.

Kawasaki Meguro K3 ini meneruskan kesinambungan Kawasaki 500 Meguro K2 yang telah pun diperkenalkan lebih 55 tahun lalu.

Meguro K2 dihasilkan selepas Meguro Manufacturing Co. Ltd yang ditubuhkan pada 1924 telah diserap Kawasaki Aircraft Co. Ltd pada era 60an.

*Kawasaki Meguro K3

Meguro K2 merupakan motosikal ‘big bike’ terakhir yang diperkenalkan di bawah jenama Megur sebelum beralih menjadi asas kepada pembangunan motosikal 4-lejang Kawasaki menerusi Kawasaki W1.

Menurut Kawasaki, Meguro K3 ini mengguna pakai platform W800 dengan enjin silinder berkembar (twin cylinder) Euro4 773cc yang menjana 51.2hp pada 6,500rpm dan 62Nm pada 4,800rpm.

Menurut Kawasaki, fokus utama Meguro K3 ini adalah menawarkan tork pada rev rendah dan pertengahan bagi menjaminkan tunggangan santai dan selesa di samping menghidupkan pengalaman menunggang motosikal klasik.

Seperti W800, Meguro K3 ini juga menawarkan bevel gear driven camshaft yang unik termasuk crank 360 darjah.

Meskipun tampil klasik namun model ini lengkap dengan klac assist/slipper, sistem brek ABS dengan cakera brek 320mm depan dan 270mm belakang dan kaliper brek dari Tokico.

Kawasaki Meguro K3 ini juga lengkap dengan penggunaan lampu jenis LED di samping skrin LCD yang memaparkan odometer, trip meter dan jam.

Menurut Kawasaki, Meguro K3 ini ditawarkan dengan harga JPY1,276,000 (RM50,198).

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]