Triumph Lancar Tiger 850 Sport, Tiger 900 Versi Lebih ‘Jinak’

Advertisements

Kilang motosikal di Hinckley akhirnya perkenalkan Tiger 850 Sport selepas beberapa minggu berkongsi ‘teaser’ mengenai model baharu itu.

Sementara itu, perlu diingatkan bahawa Tiger 850 Sport ini tiada kaitan dengan model sebelumnya, Tiger 1050 Sport.

Meskpun dinamakan sebagai Tiger 850, model ini masih lagi menggunakan enjin tiga silinder 888cc yang sama terdapat pada model Tiger 900.

Ini bermakna Tiger 850 Sport ini menawarkan bore, stroke, cam malah bahagian lain turut sama seperti yang terdapat pada Tiger 900.

Bagaimanapun, apa yang Triumph lakukan adalah mengubah pemetaan jentera sekaligus menyaksikan Tiger 850 Sport menawarkan 84hp pada 8,500rpm dan 81Nm pada 6,500rpm berbanding 94hp dan 86Nm yang ditawarkan Tiger 900.

Hasilnya, Tiger 850 Sport merupakan model lebih ‘jinak’ dan mudah dikendalikan sesuai untuk penunggang baharu.

Meskipun begitu, Tiger 850 Sport ini masih lagi didatangkan dengan ciri menarik seperti yang terdapat pada Tiger 900 antaranya skrin TFT 5′ berwarna, dua mod tunggangan (Road dan Rain), ABS serta kawalan traction boleh laras).

Paling menarik, Triumph turut mengekalkan kaliper brek Brembo Stylema, sistem ‘suspension’ dari Marzocchi, penghadang angin boleh laras, lampu LED dengan DRL (daytime running light) ikonik,

Tiger 850 Sport ini turut dilengkapi dengan soket pengecas USB 12v.