Sejak pengenalan motosikal Kawasaki Z1000 2014, konsep rekaan Sugomi telah diterapkan oleh Kawasaki di dalam ke semua motosikal terkini mereka dalam rangkaian motosikal Z. Sugomi membawa erti jelmaan atau semangat pemangsa yang sedang memburu dan bersedia untuk menerkam mangsanya. Dengan motosikal Kawasaki Z900 ABS 2017 terkini yang menonjolkan semangat rekaan berkenaan dengan tumpuannya yang…
Tag: Kawasaki
Apabila bercakap tentang motosikal lumba paling praktikal yang boleh kita miliki sekarang, terdapat beberapa pilihan yang tersedia dengan pelbagai spesifikasi dan tanda harga yang berbeza. Tawaran terkini dalam kategori yang semakin berkembang ini adalah Ducati Supersport S dengan ciri-ciri serta prestasi yang sama taraf. Bagi mereka yang merasakan yang ianya memiliki tanda harga yang…
Kawasaki H2R dan H2 Elite Squad sedia memberi perkhidmatan buat pemilik motosikal H2 dan H2R premium. Disediakan dengan pelancaran motosikal Ninja H2R dan Ninja H2. Elite Squad ini bersedia untuk mengangkut motosikal Ninja H2R/H2 ke Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki (Kawasaki Exclusive Service Centre – KESC) untuk mendapatkan perkhidmatan dari pakar.
Kawasaki baru sahaja melancarkan motosikal terbaru mereka, Kawasaki ZX-10RR 2018 yang secara amnya mengandungi pertukaran dua warna pada komponennya. Motosikal ZX-10RR ini masih menggunakan enjin DOHC, empat-selari, sejukan cecair, 998cc, sedia perlumbaanya itu yang telah diperhalusi sedikit untuk reliabiliti dan prestasi yang lebih baik. Generasi terbaru ZX-10RR ini telah diletakkan harganya bermula dari £16,249…
Kawasaki baru sahaja telah menayangkan sebuah video usikan pendek yang menandakan mereka akan melancarkan sebuah lagi motosikal yang dicas lampau pada Pertunjukan EICMA tahun ini di Milan, Itali. Dengan slogannya yang berbunyi “Supercharge your journey”, jentera yang terbaru ini mungkin sekali adalah sebuah jentera versi ‘sport touring’ bagi motosikal hebat mereka, Kawasaki H2. Desas-desus…
Kawasaki Motors Malaysia Sdn. Bhd. (KMSB) cukup terkenal sebagai penggiat aktif dalam beberapa buah program dan aktiviti sebagai salah satu cara mereka menyumbang kembali kepada komuniti. Pelbagai acara dari kempen keselamatan jalan raya hinggalah ke Rumah Terbuka Hari Raya, KMSB telah menganjurkan beberapa buah program sebagai sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social…
Juara WorldSSP lima kali, Kenan Sofuoglu telah mengalami kecederaan retak pada tulang pinggulnya di tiga tempat sewaktu sesi kelayakan pada hari Sabtu lalu apabila dia terbabas di Litar Magny Cours di Perancis. Penunggang berusia 33 tahun dari Turki itu sudah hampir pasti melayakkan dirinya di barisan hadapan perlumbaan sebelum dia terbabas dan telah diisytiharkan…
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Motosikal Kawasaki Versys-X 250 menawarkan keseronokan permotosikalan kembara pada harga yang hebat. Ia juga direka dengan ciri-ciri penunggangan kembara. Ianya sudah pasti menarik minat bukan sahaja penunggang-penunggang baru, malahan para penunggang yang berkemahiran.
Jelajah Tunggang Uji Kawasaki “Always Close To You” akan berada di Plaza Angsana, Johor Bahru dari 22 hingga 24 September 2017. Tunggang ujilah motosikal Kawasaki terkini seperti Versys-X 250, Versys 650 ABS, Z650 ABS, Ninja 650 ABS, dan Z900 Special Edition (ABS). Pemilik motosikal Kawasaki boleh mendapatkan khidmat selenggaraan daripada kakitangan Kawasaki Exclusive Service Centre…