Jelajah Tunggang Uji Kawasaki – Always Close To You

  • Jelajah Tunggang Uji Kawasaki “Always Close To You” akan berada di Plaza Angsana, Johor Bahru dari 22 hingga 24 September 2017.
  • Tunggang ujilah motosikal Kawasaki terkini seperti Versys-X 250, Versys 650 ABS, Z650 ABS, Ninja 650 ABS, dan Z900 Special Edition (ABS).
  • Pemilik motosikal Kawasaki boleh mendapatkan khidmat selenggaraan daripada kakitangan Kawasaki Exclusive Service Centre (KESC) yang terlatih.


Jelajah Tunggang Uji Kawasaki – dinamakan “Always Close To You” – akan tiba di Johor Bahru dari 22 hingga 24 September 2017 dan ianya merupakan peluang keemasan bagi warga Johor dan mereka yang berada di wilayah Selatan untuk menunggang uji motosikal Kawasaki idaman anda.

Sesi tunggang uji ini akan diadakan di kawasan tempat letak kenderaan Plaza Angsana, Johor Bahru dari jam 10 pagi hingga 6 petang, dan Kawasaki Motors (Malaysia) (KMSB) akan turut mengadakan pelbagai aktiviti untuk keriangan semua, seiring dengan cogan kata mereka – “Let The Good Times Roll“.

Tarikan utama sudah semestinya sesi tunggang ujinya, dan KMSB akan menyediakan motosikal terkini mereka untuk program ini, termasuklah motosikal Versys-X 250, Versys 650 ABS, Ninja 650 ABS, dan Z900 Special Edition ABS. Tunggang uji ini akan menonjolkan prestasi, pengendalian, keselesaan, dan versatiliti setiap model yang diperagakan. Para pengunjung pasti akan mendapati sebuah (atau dua, atau mungkin sekali, ke semuanya) model yang bersesuaian dengan personaliti mereka.

Peserta sesi tunggang uji juga akan menerima satu kupon cabutan bertuah yang memberikan mereka peluang untuk memenangi hadiah yang mengujakan.

Selain daripada sesi tunggang uji berkenaan, KMSB juga turut akan memperagakan replika motosikal WSBK Ninja ZX-10R, motosikal yang telah memenangi gelaran Juara Kejohanan Superbike Dunia tahun 2013, 2015, dan 2016 (dan mungkin sekali akan memenangi satu lagi takhta kejohanan WSBK bagi tahun 2017 ini). Turut menemani motosikal ZX-10R itu adalah motosikal pengeluaran terpantas dunia, motosikal Kawasaki H2.

Pemilik semasa motosikal Kawasaki juga boleh turut menikmati peluang eksklusif untuk mendapatkan khidmat pemeriksaan dan penyelenggaraan motosikal kesayangan masing-masing daripada kakitangan Kawasaki Exclusive Service Centre (KESC) yang terlatih.

Selain daripada aktiviti-aktiviti KMSB, wakil dari Shoei Helmet, Alpinestars, dan Bridgestone akan turut serta mempamerkan produk terbaru mereka. AEON Credit Service dan Tokio Marine Insurance juga akan turut hadir untuk menyediakan khidmat nasihat sekiranya anda telah jatuh cinta dengan motosikal yang telah anda tunggang uji.

Jelajah Tunggang Uji Kawasaki telah pun bermula dari bulan Mei tahun ini (TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai acara berkenaan). Anda juga boleh melayari laman Facebook KMSB, dan juga laman sesawang mereka (TEKAN SINI) untuk maklumat lanjut.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]