Upacara Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Art of Speed (AOS) Malaysia 2017

  • Art of Speed (AOS) Malaysia secara tradisinya sering mengadakan cabutan bertuah semasa acara tahunan utama mereka.
  • Pemenang akan mendapat hadiah berupa sebuah motosikal, sama ada buatan khas atau yang standard.
  • Pemenang utama tahun ini membawa pulang motosikal “The Twinboss”, sebuah ciptaan Yamaha RXZ dengan enjin berkembar.

 

Beautiful Machines, Sunway, Petaling Jaya, 20 September 2017 – Art of Speed (AOS) Malaysia telah menyerahkan hadiah utama cabutan bertuah kepada pemenangnya semalam.

Art of Speed (AOS) Malaysia telah menganjurkan satu cabutan bertuah pada hari terakhir acara tahunan mereka yang hebat itu.

Dua tahun lalu, pemenang bertuahnya telah membawa pulang sebuah motosikal Triumph Bonneville buatan khas, dan pemenang tahun lalu pula telah memenangi sebuah motosikal Triumph Street Twin yang baru.

Art of Speed telah menyambut ulang tahun ke-enam acara tahunannya itu pada 29 dan 30 Julai tahun ini di MAEPS Serdang.

Hadiah utama yang diperagakan sewaktu festival Art of Speed (AOS) Malaysia 2017

Proses untuk menentukan pemenang dimulakan dengan memilih tiga peserta melalui cabutan bertuah tiket yang berlaku pada hujung minggu itu. Satu soalan kemudiannya diajukan kepada peserta dan jawapan yang mendapat sorakan paling lantang dari para hadirin dinobatkan sebagai pemenang.

WIldman Dari MOONEYES yang sedang melakarkan jalur halus (pinstripe) pada motosikal “The Twinboss”

Encik Mohd. Fadly Bin Mohd. Zerain, 42, dari Puncak Alam, Selangor muncul sebagai pemenang tahun ini.

Encik Asep Ahmad (kiri) bersama pemenang hadiah utama, Encik Mohd. Fadly Bin Mohd. Zerain

Hadiah utamanya merupakan “The Twinboss”. Motosikal yang dibina khas menggunakan dua buah Yamaha RXZ 135cc, enjin dua lejang, oleh FNG Works. Pembikinan kerangka, kerja keluli dan bahagian tangki selebihnya serta bahagian badannya telah dilakukan oleh Beautiful Machines.

Pembina Twinboss, Irwann Cheng dari FNG Works dan pemilik Beautiful Machines, Rajay Singh turut hadir sewaktu acara penyampaian hadiah berkenaan.

Irwann Cheng, pembina The Twinboss sedang mengujinya buat kali terakhir

Spesifikasi Twinboss adalah seperti berikut:

Kerangka: Custom Special Construction (Diuji FEA)
Enjin: Dua Yamaha RXZ135
Ekzos: Dibikin oleh Legend Racing Garage
Pacuan Terakhir: Rantai
Roda Hadapan: 18″ aloi diliputi tayar keselamatan Bridgestone
Roda Belakang: 17″ aloi diliputi tayar perlumbaan Pirelli
Brakes: Cakera brek dwi-omboh (belakang sahaja)
Pendawaian: Buatan khas
Pacuan Utama: Buatan khas
Bodywork: Gaya ‘Digger’. Tangki dan pelana buatan khas oleh Beautiful Machines
Kawalan Kaki: Buatan khas
Kawalan Tangan: Palang pemegang ‘Clip-on’ dengan kabel pendikit tersembunyi buatan khas
Kerja Cat: Oleh Slingshot
Pinstripe: Wildman, MOONEYES Japan

Enjin Yamaha RXZ berkembar motosikal Twinboss

Sewaktu penyampaian hadiah itu juga, pengasas AOS Malaysia, Encik Asep Ahmad telah mengumumkan bahawa Art of Speed akan menjelajah di bawah nama “Gasolina Tour 2017”. Gasolina Tour 2017 akan diadakan secara persendirian dan juga bagi membantu penganjur tempatan bagi mencipta kandungan berkualiti untuk acara komuniti masing-masing.

Hentian pertama Gasolina Tour 2017 adalah di Port Dickson Bike Fest pada 9 September dan kemudiannya di Kelantan untuk acara kerjasama dinamakan Speed Demon bersempena dengan acara Rugged Rachun Ride yang dianjurkan oleh Rachun MC di Pantai Irama, Bachok, pada 16 dan 17 September 2017. Art of Speed Racing Division juga turut menyertai perlumbaan berkenaan. AOS juga telah memilih pemenang anugerah AOS2018 VIP GUEST (AOS PICK) di kedua-dua acara berkenaan. AOS kemudiannya akan menuju ke Johor bagi membantu Leftee Works sebagai tuan rumah bersama untuk acara tunggangan kebajikan tahunan sedunia; Distinguished Gentlemen’s Ride pada 24 September.

Pada Bulan November AOS akan menyerbu Puteri Harbour di Johor bagi menyertai festival tahunan, Iskarnival IP Kool Festival. Acara tahunan kali ke-lima Art of Speed Johor pastinya akan menjadi lebih besar dan juga lebih baik dengan kandungan yang hebat dari para penggemar motosikal dan kereta di festival selama tiga hari tersebut pada 24, 25, dan 26 November ini.

AOS juga akan menuju ke Jepun bagi memenuhi undangan untuk menghadiri acara tahunan ke-26 Yokohama Hot Rod Custom Show 2017 pad 3 Disember. Edisi tahun ini akan menyaksikan 20 peserta dari Malaysia dan Indonesia mengambil bahagian dalam kunjungan yang dianjurkan oleh AOS. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Gasolina Tour 2017 serta aktiviti-aktiviti mereka, anda boleh layari laman media sosial Art of Speed Malaysia di laman Facebook
dan Instagram mereka.

GALERI GAMBAR

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.