Pengeluar Motosikal India Bakal Memperkenalkan Motosikal Elektrik Pada Tahun 2018

Treelektrik T-90

  • Banyak negara di seluruh dunia sedang dalam usaha untuk menghentikan pengeluaran kenderaan janaan petrol dan diesel menjelang tahun 2040.
  • India, bersama dengan Norway mendahului usaha ini dengan sasaran untuk mencapai matlamat ini pada tahun 2025.
  • Malaysia menyasarkan pengelektrikan berperingkat menjelang 2030.

Stesen pengcas di Oslo, Norway

Dua bulan yang lalu, industri automotif dunia dikejutkan dengan berita yang mengatakan bahawa kerajaan United Kingdom sedang dalam usaha mengharamkan kenderaan janaan petrol dan diesel yang baru bermula pada tahun 2040.

Negara Perancis, dan bandar-bandar seperti Madrid, Mexico City dan Athens telah pun membuat pengumuman yang sama, manakala Scotland berusaha untuk mengurangkan secara berperingkat enjin pembakaran dalaman di atas jalan rayanya menjelang tahun 2032. Norway akan beralih ke elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2025. China, pengeluar automotif terbesar dunia (30 peratus daripada jumlah kereta dunia), sedang mempertimbangkan tindakan yang sama.

Namun, ianya pengeluar dari India – Hero MotoCorp, Honda Motorcycle & Scooter India, TVS Motor, Mahindra Two Wheelers, Yamaha, dan Bajaj Auto – yang sedang berusaha dengan keras untuk memperkenalkan motosikal elektrik aliran utama menjelang 2018, lebih awal daripada tarikh akhir 2030 yang telah disasarkan oleh India.

Hero Photon

Pada masa ini, India merupakan pasaran terbesar bagi motosikal, dengan 17 juta dijual pada tahun 2016. Walau bagaimana pun, motosikal elektrik (termasuk skuter) hanya terjual sebanyak 4,500,000 dalam masa lapan tahun yang lalu.

Cabaran utama bagi sebuah motosikal elektrik adalah benda yang sama menggerakkannya – bateri. Bateri asid plumbum boleh didapati di mana-mana sahaja dan murah tetapi ianya mempunyai jangka hayat yang lebih pendek dan memerlukan masa yang lebih panjang untuk dicas, tidak seperti bateri lithium-ion. Bagaimana pun, bateri lithium-ion lebih mahal harganya.

“Ianya akan mengambil masa bagi menjual kereta elektrik secara besar-besaran,” kata Sohinder Gill, Pengarah bagi Persatuan Kenderaan Elektrik. “Dengan kos untuk menghasilkan bateri lithium-ion semakin menurun, prestasi semakin meningkat dan lebih banyak pengeluar telah memulakan usaha mereka dalam segmen berkenaan, yang mana akan memberikan lebih banyak pilihan buat pengguna.”


Pek bateri di dalam sebuah Brammo

Selain daripada kosnya yang menaikkan harga bateri lithium-ion ini, para pengguna turut berhadapan dengan masalah kekurangan stesen pengecasan awam. Oleh kerana itu, TVS Motor akan menawarkan pilihan hibrid dan elektrik sepenuhnya.

Honda dan Yamaha telah pun menjual motosikal elektrik di luar India, dan berusaha mengurangkan kosnya dan memastikan infrastruktur yang mencukupi untuk menyokongnya. Honda telah pun melabur dalam kenderaan elektrik dalam masa dua dekad yang lalu.

Honda RC-E

Bagaimana dengan kita di Malaysia?

Menteri di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata pada bulan April lalu yang Malaysia sedang bergerak ke arah sebuah hab pemasaran bagi kenderaan elektrik. Kementerian itu menyasarkan untuk mengelektrifikasikan 100,000 buah kereta, 100 motosikal, 2,000 bas, dan pemasangan sebanyak 125,000 stesen pengecas menjelang tahun 2030.

Datuk Seri Maximus Ongkili

Ini bermakna kenderaan di negara kita tidak akan bertukar ke elektrik sepenuhnya menjelang 2030, sekiranya ia berjalan dengan lancar. Pelaksanaannya pasti akan bermula di kawasan dalam bandar dan juga yang telah dibangunkan.

Buat masa ini, Treelektrik sedang memasarkan skuter elektrik T-90 di Malaysia. Para pembeli boleh memilih di antara bateri asid plumbum atau bateri lithium-ion. TEKAN SINI bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Treelektrik serta motosikal cekap bahanapi yang lain.

Treelektrik T-90

Leave a Reply