WorldSSP: Kenan Sofuoglu Mengalami KERETAKAN PINGGUL Di Tiga Tempat

 

 

  • Juara WorldSSP lima kali, Kenan Sofuoglu telah mengalami kecederaan retak pada tulang pinggulnya di tiga tempat sewaktu sesi kelayakan pada hari Sabtu lalu¬†apabila dia terbabas di Litar Magny Cours di Perancis.
  • Penunggang berusia 33 tahun dari Turki itu sudah hampir pasti melayakkan dirinya di barisan hadapan perlumbaan sebelum dia terbabas dan telah diisytiharkan tidak cergas untuk berlumba disebabkan kecederaan yang ekstensifnya itu.
  • Dengan hanya dua pusingan sahaja yang tinggal untuk musim ini, ianya tidak diketahui sama ada Sofuoglu sempat memulihkan dirinya bagi bertarung kembali untuk takhta kejuaraan WorldSSP 2017 bersama dengan pendahulu semasa, Lucas Mahias dari pasukan GRT Yamaha Official WorldSSP Team.


Juara Dunia WorldSSP 2016, Kenan Sofuoglu (Kawasaki Puccetti Racing), terpaksa merehatkan diri dari pusingan WorldSSP di Litar Magny Cours, Perancis baru-baru ini setelah terbabas sewaktu sesi kelayakan pada hari Sabtu. Juara World Supersport lima kali itu diisytiharkan tidak cukup cergas setelah mengalami keretakan tulang pinggul di tiga tempat yang dahsyat.

Sofuoglu pada ketika itu hampir sudah pasti dapat melayakkan dirinya di barisan hadapan perlumbaan berikutan prestasi memberangsangkan pada hari Jumaat dan juga Sabtu sebelum insiden malang itu menimpanya sejurus selepas Selekoh 8 di litar legenda berkenaan.

Oleh kerana terlepas perlumbaan ini, penunggang berusia 33 tahun dari Turki itu kini menduduki anak tangga kedua dalam kedudukan keseluruhan kejohanan 2017 ini, di belakang penunggang Perancis, Lucas Mahias dari pasukan GRT Yamaha Official WorldSSP Team. Hanya empat mata membezakan mereka dengan penunggang dari Afrika Selatan, Sheridan Morais dari Kallio Racing tidak jauh ketinggalan di kedudukan ke-tiga.

Tiada lagi sebarang berita sama ada Kenan Sofuoglu dapat meneruskan saingannya pada pusingan yang berikutnya yang akan diadakan di Jerez pada 20 Oktober 2017. Dengan hanya berbakikan dua pusingan sahaja lagi, ditambahkan dengan kecederaan seriusnya itu, Sofuoglu memerlukan keajaiban sekiranya dia berharap untuk memenangi takhta WorldSSP 2017.

https://youtu.be/s7e4BggSJOw

Teruskan bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini daripada WorldSSP dan juga dunia permotoran.

Sumber: WorldSBK

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]