Kawasaki H2R dan H2 Elite Squad

 

  • Kawasaki H2R dan H2 Elite Squad sedia memberi perkhidmatan buat pemilik motosikal H2 dan H2R premium.
  • Disediakan dengan pelancaran motosikal Ninja H2R dan Ninja H2.
  • Elite Squad ini bersedia untuk mengangkut motosikal Ninja H2R/H2 ke Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki (Kawasaki Exclusive Service Centre – KESC) untuk mendapatkan perkhidmatan dari pakar.

Buat masa ini, motosikal Kawasaki Ninja H2R dan Ninja H2 telah terbukti sebagai motosikal pengeluaran paling berkuasa yang boleh didapati oleh orang ramai.

Namun bagi motosikal Kawasaki H2R dan juga saudaranya, H2, ianya bukan semata-mata sebuah enjin teramat berkuasa yang dicas lampau yang dirumahkan pada sebuah kerangka. Motosikal H2 dan H2R ini melambangkan kemuncak kejuruteraan mekanikal. Oleh kerana keunggulannya itu, ia meraih “River Mark” yang disanjung tinggi daripada Kawasaki Heavy Industry (KHI) – satu tanda kecemerlangan dalam inovasi yang mempunyai kepentingan dalam sejarah. Maka, ianya bertepatan sekali semasa Kawasaki mempromosikannya sebagai “Built Beyond Belief“.

Dan oleh kerana itu, motosikal kegunaan atas litar H2R, dan juga versi jalan raya, H2 adalah produk premium, dan dengan itu, para pemilik produk ini menjangkakan perkhidmatan yang premium.

Dari segi itu, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. (KMSB), telah mewujudkan sebuah Kawasaki H2 dan H2R Elite Squad. Elite Squad ini telah diaktifkan sejurus sahaja unit yang pertama motosikal Ninja H2R dan Ninja H2 diserahkan kepada pemiliknya. (TEKAN SINI untuk membaca liputan upacara berkenaan yang telah dibuat oleh laman saudara kami, Bikes Republic

Pemilik motosikal H2 atau H2R bolehlah menghubungi 03-5566 5662 bagi membuat temu janji. Pasukan Kawasaki H2R dan H2 Elite Squad kemudiannya akan tiba di lokasi yang ditetapkan oleh pemilik, mengangkut motosikal berkenaan dan menghantarnya ke Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki (Kawasaki Exclusive Service Centre – KESC) bagi mendapatkan perkhidmatan penyelenggaraan atau baik pulih dari pakar.

Elite Squad ini akan mengangkut motosikal H2 atau H2R dalam sebuah van yang tertutup, bagi memastikan keselamatan dan privasi pemilik.

Ke semua KESC telah dilengkapkan dengan kelengkapan yang menyeluruh, termasuklah alatan khas serta kelengkapan diagnostik elektronik yang tidak terdapat di bengkel tidak rasmi. Selain itu, para petugas di KESC juga telah dilatih secara khas bagi mengendali penyelenggaraan dan pembaikan motosikal H2 dan H2R yang istimewa ini. Ini sahaja sudah pasti akan meyakinkan pemilik H2R dan H2 yang motosikal kesayangan mereka akan dijaga dengan penuh rapi.

Sebutan harga di dalam jangkauan 30km pertama ditetapkan pada RM159.00. Namun, sekiranya pemilik memerlukan perkhidmatan pengangkutan di luar radius 30km itu, satu caj tambahan pada RM1.38/km akan dikenakan, manakala bagi perkhidmatan pengangkutan serta pemulangan semula, tambahan sebanyak RM1.17/km akan dikenakan.

Sila layari laman sesawang rasmi Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. untuk maklumat lanjut.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.