Jentera raksasa dua lejang, Suter MMX500 akan kembali ke pertandingan Isle of Man TT 2018. Dijana oleh enjin dua V4 lejang 580cc, motosikal MMX500 ini menghasilkan 195hp dengan berat hanya 125kg. Ian Lougher sekali lagi akan mengemudi satu-satunya motosikal dua lejang dalam kategori Senior TT, bersaing dengan jentera empat lejang yang lain.
Tag: Isle of Man TT
Michael Dunlop telah mengesahkan penyertaannya dalam perlumbaan Isle of Man TT 2018 serta perlumbaan Supersport yang lain di atas jentera Honda CBR600RR. Berita ini telah disahkan oleh PTR Honda melalui laman Twitter mereka. Michael Dunlop dan PTR Honda telah memenangi perlumbaan Isle of Man TT dalam kategori Supersport pada tahun 2013 yang lalu.
Juara Isle of Man TT 15 kali akan menyertai ujian musim sejuk di Sepang pada hari Ahad ini. Dunlop, bersama dengan Toni Elias, Josh Waters, dan Slyvain Guintoli akan melakukan catatan masa pusingan di atas litar di atas jentera MotoGP Suzuki GSX-RR. Suzuki telah memberikan peluang kepada Dunlop sebagai penghargaan buatnya yang telah memenangi…
Pemenang Isle of Man TT 16 kali, Ian Hutchinson telah memperkenalkan koleksi helmet replika Isle of Man TT edisi terhad miliknya sendiri. Sejumlah 50 buah helmet Arai RX7V akan dikeluarkan bagi menyambut kemenangan ke-16 Hutchinson yang mana ianya boleh didapati dalam lima skema warna yang di cat tangan berbeza bersama dengan ke semua pelekat…
Michael Dunlop telah memenangi perlumbaan terakhir TT Senior di Isle of Man TT 2017 semalam di atas jentera barunya Suzuki GSX-Rnya. Dengan Ian Hutchinson yang telah terbabas pada Pusingan 2 dan menyebabkan perlumbaan dihentikan sementara, Dunlop mengambil peluang itu…
Perlumbaan pembukaan RST Superbike untuk Isle of Man TT 2017 menyaksikan Ian Hutchinson dari Tyco BMW meraih kemenangan pertama pada perlumbaan pembukaan. Kemenangan ini menandakan kemenangan TT yang ke-15 Hutchinson yang menjadikannya penunggang ketiga paling berjaya di atas litar pulau ini. Tempat kedua diduduki oleh Peter Hickman (Hickman’s Smith Racing) yang berjaya mendapatkan penamat di…
Dainese menerima tiga Anugerah Rekabentuk Red Dot di bawah kategori Rekabentuk Produk 2017 untuk rekaan Mugello R D-air® sut perlumbaannya, helmet AGV Pista GP R-nya dan produk perlindungan terbaru Pro-Armor. Mereka juga telah dianugerahkan ‘Excellence of the Year/Innovation and Leadership’ dari Aungerah Le Fonti dalam kategori Pakaian Perlindungan Teknologi Tinggi.
Suter telah membuat pengumuman baru-baru ini mengenai pengundurannya oleh kerana kekurangan kakitangan. Motosikal Suter MMX 500 yang dikenali juga sebagai “The Beast” merupakan satu-satunya motosikal dua lejang yang bertanding dalam perlumbaan Isle of Man PokerStars Senior TT.
Motosikal Konsep Mugen E.Rex telah diperkenalkan semasa Pertunjukan Motosikal Tokyo pada hujung minggu lalu Motosikal konsep off-road ini adalah satu kerjasama antara Mugen dengan Honda