Dainese Memenangi Beberapa Anugerah Rekabentuk Antarabangsa Red Dot Dan Le Fonti

 

  • Dainese menerima tiga Anugerah Rekabentuk Red Dot di bawah kategori Rekabentuk Produk 2017 untuk rekaan Mugello R D-air® sut perlumbaannya, helmet AGV Pista GP R-nya dan produk perlindungan terbaru Pro-Armor.
  • Mereka juga telah dianugerahkan ‘Excellence of the Year/Innovation and Leadership’ dari Aungerah Le Fonti dalam kategori Pakaian Perlindungan Teknologi Tinggi.


Kumpulan Dainese telah menerima tiga anugerah pada Anugerah Rekabentuk Red Dot dalam kategori yang amat disegani, Rekabentuk Produk 2017. Ahli panel Anugerah Red Dot telah memilih sut perlumbaan terkini Dainese, Mugello R D-Air®, helmet AGV Pista GP R dan generasi terbaru pakaian perlindungan Pro-Armor, tiga produk yang telah dipilih daripada 5,500 produk dari 54 buah negara.

Sut perlumbaan Dainese R D-Air®

TEKAN SINI bagi mengetahui lebih lanjut tentang sut perlumbaan Misano D-Air® dan helmet AGV Pista GP R.

Dainese juga telah menggondol satu lagi anugerah antarabangsa di Anugerah untuk Inovasi serta Sumber Manusia, di mana syarikat ini telah dipersembahkan dengan anugerah ‘Excellence of the Year/Innovation and Leadership’ dalam kategori Pakaian Perlindungan Teknologi Tinggi. Dengan sumbangan komuniti menjangkaui lebih daripada 40,000 hubungan perusahawanan, Dainese berjaya memenangi Anugerah Le Fonti.

Valentino Rossi dilindungi dengan sut perlumbaan Dainese R D-air® dan helmet AGV Pista GP-R dalam perlumbaan MotoGP

Pengeluar pakaian keselamatan Itali ini bertanggungjawab dalam pembangunan sistem beg udara tanpa wayar pertama dunia yang dikenali sebagai D-Air® yang melindungi tokoh-tokoh dunia permotosikalan seperti Valentino Rossi dari MotoGP, Tom Sykes dari WorldSBK dan Guy Martin dari divisyen perlumbaan jalanraya seperti Isle of Man Tourist Trophy. Saksikanlah sejarah teknologi D-Air® Dainese dalam paparan video di bawah.

Mereka juga giat berusaha untuk ke angkasa lepas dengan membekalkan pakaian perlindungan berteknologi angkasa untuk angkasawan Thomas Pesquet semasa misi enam bulannya di Stesen Angkasa Antarabangsa. Tiada pembekal pakaian perlumbaan lain yang pernah ataupun cuba untuk membangunkan rekaan untuk kegunaan luar planet bumi ini.

TEKAN SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang sut yang digunakan di angkasa lepas itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Dainese Encik Cristiano Silei, beliau berujar “Kumpulan Dainese sentiasa menuruti misinya menyokong dan memastikan keselamatan dalam sukan dinamik, diilhamkan oleh potensi manusia, kami mempelajari keperluan perlindungan tubuh badan manusia dalam keadaan paling melampau; menunggang motosikal di atas litar, bermain ski menuruni bukit, berlayar dan mencapai graviti sifar di angkasa lepas. Anugerah- anugerah ini meraikan segala kerja keras dan dedikasi kesemua pekerja yang menyahut cabaran baru dan kami akan terus meningkatkan lagi tahap inovasi.”

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply