Ian Hutchinson Mengeluarkan Helmet Replika Edisi Terhad Isle of Man TT

Kejohanan Superbike British, BSB B02, Brands Hatch Indy, Kent UK. 15 April 2017. Ian Hutchinson, Bingley, Tyco BMW Motorrad

 

  • Pemenang Isle of Man TT 16 kali, Ian Hutchinson telah memperkenalkan koleksi helmet replika Isle of Man TT edisi terhad miliknya sendiri.
  • Sejumlah 50 buah helmet Arai RX7V akan dikeluarkan bagi menyambut kemenangan ke-16 Hutchinson yang mana ianya boleh didapati dalam lima skema warna yang di cat tangan berbeza bersama dengan ke semua pelekat penaja.
  • Setiap helmet Arai edisi terhad itu bernilai £1199 (kira-kira RM6,755) dan bagi mereka yang berminat perlu meletakkan wang pendahuluan sebanyak £200 (RM1,126) di www.5timesiomtt.com.


Bersempena dengan kemenangan ‘Tourist Trophy’ kali ke-16nya di litar gunung Isle of Man yang cukup terkenal itu, Ian Hutchinson, atau lebih dikenali sebagai “The Bingley Bullet” telah mengeluarkan satu siri helmet replika Arai yang amat istimewa serta terhad.

50 buah helmet Arai RX7V yang di cat tangan dan didatangkan dalam lima skema warna yang berbeza telah pun dihasilkan bagi melambangkan ke semua warna yang telah digunakan oleh penunggang berusia 38 dari Britain itu sepanjang penglibatannya dalam perlumbaan Isle of Man TT. Ke semua lima warna (biru, merah, hijau, jingga, dan kuning) telah di cat tangan dan dinombori oleh Paint Nation.

Bagi menjadikan helmet ini lebih istimewa lagi (selain daripada bilangannya yang terhad kepada 50 buah sahaja), setiap satu daripada helmet ini akan ditandatangani Hutchinson sendiri dan sekiranya anda bertuah, “The Bingley Bullet” sendiri akan menyerahkan helmet itu kepada anda bagi menambahkan lagi sentuhan peribadinya pada helmet yang menakjubkan ini.

Ian Hutchinson dikenali sebagai antara penunggang yang paling berjaya di perlumbaan Isle of Mann TT sepanjang zaman. Pada ketika ini, dia berada di kedudukan ke-empat dalam senarai kemenangan keseluruhan perlumbaan di litar pulau berkenaan. Hutchinson juga merupakan satu-satunya penunggang yang berjaya memenangi ke semua perlumbaan solo pada tahun 2010, di mana dia telah memenangi kelima-lima perlumbaan solo yang dipertandingkan.

Setiap helmet Arai RX7V edisi terhad ini diletakkan harganya pada £1,199 (sekitar RM6,755 selepas pertukaran terus). Sekiranya anda berminat untuk memilikinya, layarilah laman sesawang www.5timesiomtt.com dan letakkan deposit (yang tidak akan dipulangkan) sebanyak £200 (RM1,126). Bersegeralah kerana hanya 50 buah helmet sahaja yang dihasilkan!

Sumber: MCN

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]