ads

Isle of Man TT 2017 – Ian Hutchinson Merangkul Kemenangan Ke-15 TT Pada Perlumbaan Pembukaan

  • Perlumbaan pembukaan RST Superbike untuk Isle of Man TT 2017 menyaksikan Ian Hutchinson dari Tyco BMW meraih kemenangan pertama pada perlumbaan pembukaan.
  • Kemenangan ini menandakan kemenangan TT yang ke-15 Hutchinson yang menjadikannya penunggang ketiga paling berjaya di atas litar pulau ini.
  • Tempat kedua diduduki oleh Peter Hickman (Hickman’s Smith Racing) yang berjaya mendapatkan penamat di atas podium pertamanya di hadapan pendahulu awal perlumbaan, Dean Harrison (Silicone Racing).

Ian Hutchinson, Tyco BMW

Ian Hutchinson dari pasukan Tyco BMW telah memenangi Isle of Man TT 2017 yang pertama dengan kemenangan dalam perlumbaan RST Superbike semalam. Kemenangan semalam menandakan kemenangan TT ke-15 dalam kerjaya perlumbaannya.

Ian Hutchinson, Tyco BMW

Penunggang berusia 35 tahun dari Yorkshire itu juga menjadi penunggang solo ketiga paling berjaya dalam perlumbaan Isle of Man TT di hadapan arwah Mike Hailwood. Pemegang rekod semasa untuk setakat ini masih lagi dipegang oleh arwah Joey Dunlop dengan rekod kemenangan sebanyak 26 kali dan John McGuinness dengan 23 kemenangan. McGuinness terpaksa menarik diri dari perlumbaan TT tahun ini akibat kecederaan yang dialami ketika kemalangan semasa perlumbaan jalanraya North West 200 baru-baru ini.

John McGuinness (kiri) sedang berbincang dengan Guy Martin (kanan)

TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kemalangan McGuiness di perlumbaan jalanraya North West 2017.

Peter Hickman, Hickman’s Smiths Racing

Lima saat dibelakang jentera BMW S1000RR Hutchinson adalah Peter Hickman yang meraih kedudukan podium TT pertamanya. Penunggang bagi pasukan Hickman’s Smith Racing ini memulakan perlumbaan di posisi ke-10 namun telah mencatatkan masa yang pantas untuk menamatkan perlumbaannya di hadapan pendahulu awalan perlumbaan, Dean Harrison.

Dean Harrison, Silicone Racing

Pendahulu awal perlumbaan Dean Harrison berjaya mengunci tempat terakhir di atas podium di atas jentera Kawasaki ZX-10R-nya. Penunggang pasukan Silicone Racing ini menjalankan sesi yang agak konsisten sepanjang sesi latihan dan juga kelayakan tetapi hanya mampu menamatkan perlumbaannya dengan jarak masa sehingga 8 saat dibelakang Peter Hickman. Tontonilah video yang memaparkan Harrison sedang mengejar James Hillier dalam salah satu sesi latihan.

Aksi-aksi di perlumbaan jalanraya paling mendebarkan ini akan diteruskan dengan perlumbaan Supersport dan juga perlumbaan Sidecar. Teruskan setia bersama MotoMalaya bagi perkembangan terkini dari Isle of Man TT dan juga segenap berita dunia permotoran.

Sumber gambar: Laman Facebook Isle of Man TT

Leave a Reply