Ducati Scrambler Icon 2019 kini telah lengkap dengan pelancaran motosikal Full Throttle, Cafe Racer, dan Desert Sled yang dikemaskini. Diperkenalkan secara rasmi di INTERMOT 2018, ketiga-tiga buah motosikal ini diilhamkan oleh disiplin penunggangan yang berbeza dari perlumbaan litar hinggalah ke penunggangan off-road. Rangkaian Ducati Scrambler 2019 didatangkan dengan ciri-ciri baharu seperti IMU (Inertial Measurement Unit)…
Tag: Ducati
Ducati Scrambler Icon 2019 yang telah dikemaskini telah dilancarkan pada awal bulan ini. Pengemaskinian penggayaan beserta perubahan bahagian dalaman telah mengubah model Ducati Scrambler Icon 2019 ini kepada sebuah pakej yang lebih premium. Kami telah pergi ke Itali bagi mengalami sendiri motosikal Icon yang dikemaskini ini dan ianya kini lebih selamat serta selesa tanpa mengorbankan…
Musim acara pameran motosikal telah bermula untuk tahun ini. Pelbagai pengeluar telah mempersembahkan model terbaru mereka sebelum bermulanya pertunjukan-pertunjukan ini. Namun, ada banyak lagi yang masih belum diperkenalkan.
Ducati Malaysia (Next Bike Sdn. Bhd.) dengan secara rasminya telah melancarkan tiga buah model baharu bagi tahun 2018. Tiga model tersebut adalah Ducati Panigale V4, Multistrada 1260 S, dan juga Monster 821 tahun 2018 yang baharu. Harganya bermula dari RM60,900 sehinggalah ke RM362,900.
Ducati Scrambler Icon 2019 telah diperkenalkan dengan pelbagai kemaskini yang berbeza. Antara kemaskininya adalah panel sisi aluminium baharu, lampu hadapan, pelana leper baharu, atur cara suspensi yang diperbaharui, dan lain-lain. Scrambler Icon baharu ini akan mula disediakan pada bulan November dalam dua pilihan warna; Atomic Tangerine dan Classic ’62 Yellow.
Penunggang pasukan pengilang Ducati, Andrea Dovizioso telah menakluki perlumbaan MotoGP San Marino 2018. Penunggang yang menduduki Petak Pertama, Jorge Lorenzo, telah terbabas sewaktu perlumbaan berbakikan dua pusingan. Marc Marquez berjaya mendapat tempat ke-dua dan menjarakkan lagi kedudukannya sebagai pendahulu kejohanan.
Ducati Australia telah mengeluarkan satu panggilan semula keselamatan segera atas kemungkinan berlakunya isu pad brek belakang. Model-model yang terlibat adalah Hypermotard 939, 959 Panigale, 1299 Panigale, 1299 Panigale Final Edisi, dan model Panigale V4 yang baharu. Negara-negara yang terjejas setakat ini adalah Australia, Amerika Syarikat, New Zealand, dan Kanada.
Ducati mungkin sekali akan merombak semula motosikal Hypermotard bagi tahun 2019. Ia pasti akan tampil sedia untuk piawaian emisi Euro5 yang akan dikuatkuasa bermula tahun 2020. Walaupun masih belum disahkan lagi, sudah ada desas desus mengatakan yang enjin baharunya akan dilengkapi dengan DVT (Desmodromic Variable Timing).
Khabar angin telah mula tersebar mengatakan yang Ducati akan bekerjasama dengan HeroCorp. Para pengeluar yang lain telah mula menghasilkan model berkapasiti lebih kecil yang lebih mampu milik. Model dengan kapasiti yang lebih kecil akan menarik minat pasaran yang lebih besar di rantau Asia.