Episod terbaru Ducati World Premiere 2024 menyaksikan pengeluar motosikal Itali itu melancarkan Ducati Multistrada V4 RS, keluarga terbaru bagi model Multistrada. Perbezaan utama varian RS tertumpu kepada bahagian enjin. Ini kerana ketika Multistrada V4, V4 S, Rally, Pikes Peak dan Grand Tour dipacu enjin Granturismo V4 1,158cc 4-silinder yang menghasilkan sekitar 170hp dan 125Nm, Multistrada…
Tag: Desmosedici Stradale
Nampaknya khabar angin mengenai motosikal Ducati Streetfighter V4 yang telah tesebar sebelum ini ada kebenarannya. Satu temuramah baru-baru ini bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali, telah membayangkan yang ianya bakal tiba. Dia menyatakan bahawa “ia (Streetfighter V4) akan tiba secepat mungkin!”
Ducati sedang membangunkan lebih banyak motosikal kegunaan jalan raya janaan enjin V4. Mereka bakal melancarkan 29 buah motosikal baharu dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Motosikal baharu ini juga bakal meliputi segmen yang tidak ditawarkan Ducati sebelum ini.
Ducati telah mengumumkan bahawa akan ada lebih banyak model yang dijana oleh enjin V4. Enjin ini akan digarap dari enjin Desmosedici Stradale yang menjana motosikal Panigale V4. Enjin V4 baharu tersebut akan lebih ‘mampu milik’, menurut Ducati.
Perhimpunan Mega Panigale Kingdom Tahunan Kali Ke-3 2018 telah diadakan semalam (7 April 2018) di Gold Coast Morib International Resort. Lebih daripada 50 orang pemilik motosikal Panigale dari seluruh negara telah berkumpul di Putrajaya sebelum menuju ke Banting, Selangor untuk menghadiri hari keluarga tersebut. Ducati Malaysia turut memeriahkan acara istimewa ini dengan mengadakan pratonton khas…
Ducati akhirnya telah melancarkan enjin V4 Desmosedici Stradale terbaru mereka semalam pada permulaan pusingan MotoGP San Marino di Misano. Versi jalanraya yang dihasilkan dari usaha MotoGP Ducati ini dikatakan mampu menghasilkan 210hp pada 13,000rpm dan 120Nm tork pada 12,250rpm….