Ducati Streetfighter V4 Bakal Tiba – “Secepat Mungkin!”

  • Nampaknya khabar angin mengenai motosikal Ducati Streetfighter V4 yang telah tesebar sebelum ini ada kebenarannya.
  • Satu temuramah baru-baru ini bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali, telah membayangkan yang ianya bakal tiba.
  • Dia menyatakan bahawa “ia (Streetfighter V4) akan tiba secepat mungkin!”

Menurut satu temuramah bersama Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali, baru-baru ini, yang telah disiarkan di laman sesawang AcidMoto, telah memberi bayangan akan kemunculan semula model Ducati Streetfighter dalam masa terdekat ini. Ada khabar mengenai model Ducati Panigale V4 yang telah tersebar di atas talian pada ketika ini, dan apa yang telah diperkatakan oleh bos besar Ducati dalam temuramah ini sudah pasti akan menarik perhatian penggemarnya.

Di bawah adalah petikan temuramah tersebut antara AcidMoto dan Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali:

AcidMoto.ch: Okay, mari kita berbincang mengenai enjin V4. Motosikal Panigale V4 R telah memenangi hati para penggemar, walaupun kami belum berpeluang untuk menunggang ujinya. Wujudkah kemungkinan yang kita akan dapat melihat enjin ini pada motosikal yang lain, contohnya, pada sebuah motosikal Streetfighter V4?

Claudio Domenicali: Anda rasa yang Ducati perlu mengeluarkan motosikal seperti itu?

AcidMoto.ch: Ya, ada permintaan yang besar untuknya, ianya soalan yang sering diajukan pembaca kami.

Claudio Domenicali: Jikalau begitu ia akan tiba dengan secepat mungkin!

Sejak pelancaran rangkaian motosikal Ducati Panigale V4 generasi terbaru ini, para peminat Ducati di seluruh dunia dan tidak kurangnya di Malaysia telah menantikan versi ‘super-naked’ jentera ini. Dengan adanya ramai peminat seperti Ducati Streetfighter Malaysia Owner Malaysia, atau lebih dikenali sebagai “Streetfighterholic”, kami pasti ianya pasti akan mendapat sambutan yang hangat sekiranya dijual di Malaysia.

Begitu banyak imej hasilan motosikal Panigale V4 yang ‘dibogelkan’ telah tersebar di atas talian internet, menunjukkan betapa ramai peminatnya yang mahu ia menjadi kenyataan. Adakah kita bakal menyaksikan kemunculan sebuah model Ducati Streetfighter V4 yang dijana oleh enjin Desmosedici Stradale V4 1,103cc pada tahun ini? Kami amat berharap yang permintaan ini akan mereka tunaikan.

Sumber: AcidMoto

Ducati Streetfighter V4 Rekaan Officine GP Design

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]