BMW Motorrad memulakan langkah pertama dalam meneroka segmen cruiser menerusi BMW R 18. Diinspirasikan, daripada BMW R 5, model baharu ini menawarkan ciri minimalis – tanpa sebarang teknologi canggih dengan enjin boxer menjadi tumpuan utama. Menariknya, rekaan R 18 tampak kontemporari sekaligus menjadikan gaya keseluruhan sebuah cruiser sejati. Enjin boxer 2-silinder – diberi jolokan Big…
Tag: BMW Motorrad
Baru-baru ini, BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan dua model baharu bagi tahun 2020, BMW F 900 R dan F 900 XR dan untuk membuat tinjauan dengan lebih dekat kami bergegas terus ke Auto Bavaria Ara Damansara. Membuat penampilan sulung ketika di EICMA 2019 dan diberi jolokan The Twin, kedua-dua jentera bernadikan enjin 900cc ini menawarkan dua…
Pasukan Malaysia menamatkan saingan BMW Motorrad International GS Trophy 2020 di kedudukan ke-18. Trio negara, Norizuan Abdullah, Chan Kiang Wei dan Mohd Zulfakar Mohd Alghaus – yang merupakan juara kelayakan Asia Tenggara – antara 23 pasukan yang bertanding dalam pengembaraan lebih 3,000 kilometer. GS Trophy edisi ketujuh ini yang berlangsung selama lapan hari menyaksikan pasukan…
Selepas lebih 20 tahun, BMW membuat keputusan untuk mengolah logo sedia ada bagi tahun 2020. Pengeluar kenderaan Jerman itu bertindak memberi nafas baharu kepada logo ikonik mereka dengan membuang lingkaran hitam dan memilih lingkaran ‘transparent’ sementara aspek lain tampak lebih moden. Sementara itu, lencana biru dan putih di dalam lingkaran kekal dengan warna biru dan…
BMW Motorrad Malaysia melancarkan BMW F 900 R dan F 900 XR, motosikal segmen roadster dan sport touring bagi pasaran tempatan. Membuat penampilan sulung ketika di EICMA 2019 dan diberi jolokan The Twin, kedua-dua jentera bernadikan enjin 900cc ini menawarkan dua pengalaman tunggangan berbeza namun selesa. BMW F 900 R merupakan jentera dengan pengayaan Sport…
Jenama BMW Motorrad sememangnya popular di kalangan peminat dua roda di Malaysia jadi tidak hairanlah lebih 1,125 unit berjaya diserahkan kepada pelanggan pada 2019. Menariknya, BMW kekal pilihan peminat segmen adventure (ADV) tatkala 600 unit daripada jumlah tersebut membabitkan motosikal ADV antaranya R 1250 GS, R 1250 GS Adventure, F 850 GS dan F 750…
BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih 11,567 unit kenderaan pada 2019 sekaligus mengukuhkan kedudukan jenama itu di Malaysia. Jumlah tersebut merangkumi kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad yang telah diserahkan kepada pelanggan masing-masing tahun lalu. Daripada angka jumlah itu, 3,148 daripadanya melibatkan kenderaan elektrik BMW dan MINI sekaligus menyumbang kepada 17,000 unit kenderaan elektrik telah…
BMW Motorrad merekodkan penjualan lebih 175,162 unit di seluruh dunia bagi tahun 2019. Penjualan itu sekaligus menandakan kenaikan lebih 5.8 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan 165,566 unit. Menurut Pengarah BMW Motorrad, Dr. Markus Schramm, 2019 membawa kejayaan meskipun berdepan beberapa cabaran. “Kami berjaya mencatat rekod penjualan terbaik buat kali kesembilan berturut-turut. Saya mahu mengucapkan terima…
Ketua divisyen motosikal BMW menyifatkan tidak berbaloi untuk memulakan projek MotoGP selain daripada pasukan Superbike Dunia (WSBK) sedia ada. BMW kembali ke WSBK secara sepenuhnya sejak 2013 tahun ini setelah bergandingan dengan Shaun Muir Racing, menggunakan jentera S 1000 RR dan mempertaruhkan Tom Sykes dan Markus Reiterberger. BMW turut berjaya merekodkan kedudukan keempat carta pengeluar…