Perkenalkan Logo Baharu Bayerische Motoren Werke

Selepas lebih 20 tahun, BMW membuat keputusan untuk mengolah logo sedia ada bagi tahun 2020.

Pengeluar kenderaan Jerman itu bertindak memberi nafas baharu kepada logo ikonik mereka dengan membuang lingkaran hitam dan memilih lingkaran ‘transparent’ sementara aspek lain tampak lebih moden.

Sementara itu, lencana biru dan putih di dalam lingkaran kekal dengan warna biru dan putih.

Timbalan Presiden BMW, Jans Thiemer mengesahkan perkara ini dan memaklumkan bahawa logo baharu itu akan diguna pakai serta-merta di semua platform termasuk media sosial.

“Logo baharu ini menandakan usaha kami untuk tampil lebih telus dan jelas di samping tampak lebih relevan bagi dunia mobiliti dan keterujaan pemanduan masa depan,” jelasnya.

Bagaimanapun, difahamkan logo baharu itu tidak akan diguna pakai terhadap setiap kenderaan yang dihasilkan meskipun jentera Concept i4 memaparkan logo baharu terbabit.

Logo sedia ada ketika ini membuat penampilan pertama pada 1997 dengan BMW telah melaksanakan lebih enam kali pertukaran logo dalam sejarah 103 tahun syarikat itu.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]