11,567 Unit Diserahkan Pada 2019, Jenama BMW Kekal Teguh Di Malaysia

Advertisements

BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih 11,567 unit kenderaan pada 2019 sekaligus mengukuhkan kedudukan jenama itu di Malaysia.

Jumlah tersebut merangkumi kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad yang telah diserahkan kepada pelanggan masing-masing tahun lalu.

Daripada angka jumlah itu, 3,148 daripadanya melibatkan kenderaan elektrik BMW dan MINI sekaligus menyumbang kepada 17,000 unit kenderaan elektrik telah pun sampai ke tangan pelanggan sejak 2015.

Ini bermakna, BMW menjadi pilihan rakyat Malaysia sebagai kenderaan elektrik pilihan sehingga kini lantas memantapkan kedudukan BMW dalam arena mobiliti elektrik negara.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, meluahkan rasa bangga atas kejayaan ini.

“Berlatarbelakangkan cabaran yang wujud dalam sektor automotif pada tahun lalu, kami berbangga untuk melakar kejayaan ini dalam segmen kenderaan elektrik di Malaysia dan di seluruh dunia – yang menegaskan harapan kami untuk tahun ini.

“Kami komited untuk terus menerajui arena mobiliti elektro di Malaysia, khususnya menjelang pengumuman Polisi Automotif Nasional yang bakal melihat kenderaan elektrik memainkan peranan yang penting untuk mendorong sektor automotif ke aras yang lebih tinggi,” ujarnya.

Bagi membuktikan komitmen BMW dalam menerajui mobiliti elektrik dalam negara, lebih 30 Fasiliti Pengecasan BMW i telah pun diwujudkan.

Tidak hairanlah, BMW berjaya melahirkan lebih 9,300 pemilik baharu di Malaysia tahun lalu dengan BMW 3 Series menjadi pilihan tatkala 2,514 unit telah diserahkan – 1,000 unit melibatkan BMW 330e M Sport.

Sementara BMW 5 Series telah menerima lebih 2,000 pemilik baharu.

Kesan positif turut dipamerkan BMW X dengan lebih 3,985 unit berjaya diserahkan tahun lalu yang menyaksikan BMW X3 menjadi penyumbang tertinggi dengan 1,354 unit diserahkan.

Pada masa sama, 1,142 unit MINI telah diserahkan pada 2019 yang diiterajui oleh MINI Countryman yang menyumbang kira-kira separuh daripada jumlah penyerahan yang dicatat – 685 unit.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.