ONEXOX TKKR SAG Team mengumumkan penyertaan Markus Reiterberger yang akan beraksi di ASB1000 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) musim depan. Pelumba berusia 25 tahun itu bakal bergandingan dengan Azlan Shah Kamaruzaman dengan kedua-duanya bakal beraksi dengan jentera baharu, BMW S 1000 RR 2019. Meskipun 10 tahun lebih muda berbanding Azlan Shah namun dia dianggap selaku…
Tag: arrc
Safe Aim Mutual (SAM) Sdn Bhd, merancang untuk menambah lagi litar tetap dalam usaha memperkembangkan sukan permotoran di Malaysia. Selaku promoter Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia dan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), SAM giat dalam usaha untuk menambahkan bilangan litar tetap dengan menjalinkan kerjasama degnan Johor, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu. Menurut laporan Berita Harian, Pengarah…
Baru-baru ini, pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman membuat luahan kurang mendapat perhatian media tempatan selepas muncul juara sulung kategori ASB1000 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019. Bagaimanapun, menurut perkongsian ONEXOX TKKR SAG Team di Facebook, pelumba berusia 35 tahun itu telah berangkat ke Jerman bagi menerima pengikitirafan daripada BMW Motorrad atas kejayaannya di ARRC. Azlan Shah…
Baru-baru ini, pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman, melakar sejarah sebagai juara sulung kategori ASB1000 Asia Road Racing Championship (ARRC) 2019 di Buriram, Thailand. Kategori Superbike julung kali dipertandingkan di ARRC tahun ini dan menyaksikan Azlan Shah muncul juara bersama pasukan ONEXOX TKRR SAG menggunakan jentera BMW S 1000 RR. Perlumbaan di Buriram ternyata menghadirkan cabaran…
Pengeluar penyerap hentakan dari Taiwan, JDS Suspension melancarkan produk edisi terhad,JDS J3 Monoshock yang lahir dengan kerjasama juara kategori Underbone 150cc Asia Road Racing (ARRC) 2018, Md Helmi Azman daripada SCK Racing Team. Penyerap hentakan serba baharu ini dihasilkan bagi meningkatkan tahap keselamatan sekaligus memberi pengalaman tunggangan lebih selesa. Monoshock merupakan komponen yang penting terutamanya…
Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman daripada pasukan ONEXOX TKKR SAG berjaya mengungguli pusingan pertama Kejohanan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang selepas menjuarai kategori ASB1000 hari ini. Ini adalah kali pertama kategori ASB1000 dipertandingkan dalam saingan ARRC. Meskipun berdepan saingan sengit daripada pelumba Thailand, Thitipong Warakorn (Kawasaki Thailand Racing Team) namun ketenangan ditonjolkan Azlan…
Bekas pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin, mahu merebut gelaran juara dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019 bagi kelas Supersports 600cc. Pelumba berusia 20 tahun itu yakin pengalaman dimiliknya ketika bersaing di Moto3 akan memainkan peranan penting dalam merebut podium bersama pasukan SIC Junior ZK Racing. Adam digugurkan hujung musim lalu daripada pasukan Moto3 Petronas…
Kalendar rasmi ARRC 2019 telah pun diumumkan di mana sejumlah tujuh buah pusingan akan berlangsung pada musim hadapan. Buat pertama kalinya, Kejohanan FIM Asia Road Racing Championship akan menampilkan kelas premier 1,000cc yang baharu, iaitu ASB1000 (Asia Superbike). Pusingan pertama akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula dari 8 hingga 10 Mac 2019.
Azlan Shah Kamaruzaman merancang untuk merampas kedudukan pendahulu kejohanan pada hujung minggu ini sewaktu Pusingan 2 bagi siri perlumbaan ARRC 2018. Penunggang bagi pasukan Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu mempunyai kelebihan yang besar kerana Anthony West terpaksa menarik diri bagi pusingan tersebut. Azlan pada waktu ini berada di tempat ke-dua di belakang Anthony West…