Kalendar ARRC Musim 2019 Diumumkan – Pusingan baharu Di Korea Selatan!

  • Kalendar rasmi ARRC 2019 telah pun diumumkan di mana sejumlah tujuh buah pusingan akan berlangsung pada musim hadapan.
  • Buat pertama kalinya, Kejohanan FIM Asia Road Racing Championship akan menampilkan kelas premier 1,000cc yang baharu, iaitu ASB1000 (Asia Superbike).
  • Pusingan pertama akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula dari 8 hingga 10 Mac 2019.

Perhatian buat para peminat dan penggemar Kejohanan FIM Asia Road Racing Championship (ARRC), kami ada satu berita gembira untuk anda. Kalendar musim 2019 telah pun diumumkan secara rasminya dan sejumlah tujuh buah pusingan akan diadakan bermula dari 8 Mac 2019 hingga ke 1 Disember 2019, sejurus selepas berlangsungnya sesi ujian rasmi yang akan mengambil tempat pada 5 dan 6 Mac 2019 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Musim 2019 bakal membawa keterujaan baharu dalam kancah perlumbaan jalan raya Asia, di mana kita akan menyaksikan penampilan kelas premier 1000cc baharu yang dinanti-nanti, iaitu ASB1000. ARRC akan mula mengelola kategori terbaru ini bermula pada tahun 2019 dan kami yakin yang ianya akan menarik minat lebih ramai penggemar untuk mengikuti siri perlumbaan ini.

Selain daripada kategori perlumbaan 1000cc yang baharu dan mengujakan ini, kalendar perlumbaan musim hadapan juga turut diperbanyakkan kepada sejumlah tujuh buah pusingan. Pusingan pertama akan mengambil tempat dari 8 hingga 10 Mac 2019 di Litar Antarabangsa Sepang. Akan ada juga satu pusingan yang akan dilangsungkan di Litar Antarabangsa Korea, di Korea Selatan pada bulan Ogos 2019.

Jadual penuh bagi seluruh musim adalah seperti berikut:

Pusingan Litar Negara Tarikh
Ujian Rasmi Litar Antarabangsa Sepang Malaysia 5 – 6 Mac 2019
Pusingan 1 Litar Antarabangsa Sepang Malaysia 8 – 10 Mac 2019
Pusingan 2 The Bend Motorsport Park Australia 25 – 28 April 2019
Pusingan 3 Litar Antarabangsa Chang Thailand 31 Mei – 2 Jun 2019
Pusingan 4 Litar Suzuka Jepun 28 – 30 Jun 2019
Pusingan 5 Litar Antarabangsa Korea Korea Selatan 9 – 11 Ogos 2019
Pusingan 6 Litar Antarabangsa Sepang Malaysia 19 – 22 Sep 2019
Pusingan 7 Litar Antarabangsa Chang Thailand 29 Nov – 1 Dec 2019

Format 2-perlumbaan yang telah digunapakai sejak tahun 2000 akan dikekalkan. Kejohanan ini akan menampilkan 4 buah kelas utama – ASB1000 (Asia Superbike), SuperSports 600cc, Asia Production 250cc, dan Underbone 150cc. Bersiap sedialah tuan-tuan dan puan-puan. ARRC 2019 menjanjikan satu musim yang cukup menakjubkan dengan litar dan kategori perlumbaan yang baharu!

10 Perkara Yang Dinantikan Bagi MotoGP 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.