Helmet Dalam MotoGP 2019 Perlu Mematuhi Standard Baharu FIM

  • Semua helmet pelumba perlu mematuhi standard yang ditetapkan FIM.
  • Helmet yang mendapat piawaian akan menerima sebuah label dengan hologram dan label QR.
  • Badan peraturan tersebut berharap yang helmet-helmet berkenaan akan disediakan buat orang ramai bagi meningkatkan keselamatan.

Semua helmet dalam siri perlumbaan Moto2, Moto3, dan MotoGP 2019 perlu mematuhi standard tunggal FIM yang baharu.

Walaupun ianya masih diperbahaskan sama ada peraturan ini akan membawa manfaat, ia mungkin ada aspek positifnya. Pengeluar helmet semasa mungkin mahu memenuhi piawaian keselamatan yang tertentu, walaupun kebanyakannya, jika tidak ke semuanya, mematuhi standard ECE 22.06. Bagaimana pun, sesebuah pengeluar itu mungkin menghasilkan helmet yang mematuhi, secara asasnya, standard yang berlainan. Antara piawaian helmet semasa adalah JIS (Jepun), Snell Foundation, DOT (Amerika Syarikat), dan lain-lain.

Sebagai contoh, AGV dan HJC (dan juga beberapa pengeluar yang lain) secara asasnya mematuhi standard ECE 22.06. Arai Helmets pula perlu lulus ujian Snell Foundation yang lebih mencabar.

Setiap piawaian mempunyai kaedah pengujian yang berbeza bagi mendapatkan piawaian.

Dengan adanya mandat baharu FIM ini, helmet dari AGV, Arai, Bell, HJC, Scorpion, Shark, Shoei, Suomy, X-Lite, dan lain-lain perlu mematuhi satu standard yang sama.

FIM bagaimana pun masih belum menerangkan tentang parameter pengujian mereka. Namun, kita boleh jangkakan yang helmet-helmet tersebut akan diuji untuk pelbagai kriteria seperti impak pada kelajuan rendah, sederhana, dan tinggi, serta untuk penerobosan.

Helmet yang mendapat piawaian FIM akan menerima sebuah label hologram dengan kod QR. Kod QR tersebut akan membolehkan pegawai perlumbaan untuk mengimbas, mengenal pasti, dan merekodkan setiap helmet yang digunakan dalam pertandingan.

FIM berharap yang langkah ini akan menghasilkan helmet yang benar-benar diuji perlumbaan dan dapat dipasarkan bagi orang awam.