SAM Sasar Lebih Banyak Litar Tetap Diwujudkan

Advertisements

Safe Aim Mutual (SAM) Sdn Bhd, merancang untuk menambah lagi litar tetap dalam usaha memperkembangkan sukan permotoran di Malaysia.

Selaku promoter Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia dan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), SAM giat dalam usaha untuk menambahkan bilangan litar tetap dengan menjalinkan kerjasama degnan Johor, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu.

Menurut laporan Berita Harian, Pengarah Urusan SAM, Ron Hogg mendedahkan pihaknya sedang usaha untuk menambah fasiliti.

“Fokus kami adalah kerjasama dengan kerajaan negeri supaya dapat menyediakan litar tetap agar sukan dua roda dapat berkembang,” katanya.

Tahun ini, Kejuaraan Cub Prix merentas Melaka, Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Perak, Perlis, Negeri Sembilan dengan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjadi medan penutup hujung minggu lalu.

Ketika ini terdapat empat litar tetap di Malaysia namun Ron mendedahkan pihak Majlis Perbandaran Jempol Negeri Sembilan berminat untuk menjadikan tapak di Jempol sebagai litar tetap.

Pada masa sama, Ron menjelaskan pihaknya bukan cuba mewujudkan litar besar seperti SIC tetapi lebih terarah kepada litar kecil agar lebih ramai yang dapat menggunakannya.

(SUMBER: Berita Harian)