Zontes merupakan satu daripada empat anak syarikat Tayo Motorcycle Technology yang bertanggungjawab menghasilkan lebih 1.2 juta motosikal dan skuter setahun. Zontes turut memasarkan tiga model di pasaran Malaysia antaranya ZT310-T, ZT310- R dan ZT310-X dengan masing-masing menawarkan pelbagai ciri terkini antaranya ABS, lampu LED depan dan belakang serta paparan LCD berwarna. Baru-baru ini, pengeluar motosikal…
Category: Zontes
Kami bersama dengan beberapa wakil pengedar rasmi jenama Zontes di Malaysia telah berpeluang untuk melawat kilang Guangdong Tayo Motorcycle Technology Co., Ltd. di China. Syarikat ini mengilangkan jenama Zontes di samping beberapa buah jenama yang lain. Apa yang telah kami saksikan di sana cukup menakjubkan dan mengagumkan semua yang turut serta dalam lawatan ini.
Sebut sahaja motosikal keluaran negara China, pasti akan timbul suara skeptikal daripada orang ramai. Manakan tidak, kebanyakkan daripada kita berpendapat motosikal keluaran negara Tembok Besar itu adalah tidak berkualiti dan tidak tahan lama. Terdapat pelbagai jenama motosikal yang berasal dari China yang telah pun menembusi pasaran Malaysia, antaranya, Keeway, CFMoto, KTNS dan CMC namun masih…
Artikel oleh Wahid Ooi Abdullah untuk Bikes Republic Jika anda tidak puas lagi menatap gambar motosikal Zontes yang telah dilancarkan minggu lepas, kami ada beberapa buah gambar baharu yang ingin ditunjukkan. Kami telah berpeluang melawat kilang jenama tersebut di Guangdong, China. Tataplah gambar-gambar aksi motosikal-motosikal ini!
Zontes Malaysia telah melancarkan model Zontes ZT310-T, Zontes ZT310-R, Zontes ZT310-X, dan Zontes ZT310-X GP. Ianya telah ditawarkan pada harga RM19,800 – RM22,800 (tanpa insurans). Zontes menawarkan model berinovasi tinggi, lengkap dengan teknologi terkini dan prestasi terhebat pada harga yang mengagumkan.
Zontes Malaysia telah mengesahkan pelancaran bagi empat buah model pada 27 Februari. Model-model tersebut adalah ZT310-T, ZT310-R, ZT310-X, dan ZT310-X GP. Keempat-empat model ini adalah motosikal ringan yang didatangkan lengkap dengan ciri-ciri motosikal berkapasiti tinggi.
Dengan kemasukan semasa motosikal keluaran China ke dalam pasaran Malaysia, adakah Zontes juga akan turut serta? Zontes menghasilkan hampir ke semua bahagian motosikal di kilang mereka sendiri, kecuali bagi ABS dan sistem suntikan bahanapi. Pengeluar ini berteraskan pada inovasi dan motosikal mereka menerapkan ciri-ciri yang berteknologi tinggi.