Perkenalkan VX310, Jentera Cruiser Touring Pertama Zontes

Zontes merupakan satu daripada empat anak syarikat Tayo Motorcycle Technology yang bertanggungjawab menghasilkan lebih 1.2 juta motosikal dan skuter setahun.

Zontes turut memasarkan tiga model di pasaran Malaysia antaranya ZT310-T, ZT310- R dan ZT310-X dengan masing-masing menawarkan pelbagai ciri terkini antaranya ABS, lampu LED depan dan belakang serta paparan LCD berwarna.

Baru-baru ini, pengeluar motosikal berpangkalan di China itu turut akan melancarkan skuter maxi 310cc.

Kini, mereka turut memperkenalkan sebuah jentera segmen cruiser touring menerusi VX310.

Zontes VX310 seperti biasa menawarkan enjin 312cc satu silinder – sama seperti yang terdapat pada barisan model lain – yang menawarkan 35hp dan 30Nm.

Menariknya, VX310 ini didatangkan dengan ‘single-sided swingarm’ dan penghadang angin boleh laras yang menjaminkan tunggangan lebih selesa.

Unit ini turut disertakan dengan dua ruang letak barang di bahagian fairing depan yang membolehkan peranti seperti telefon pintar diletakkan.

Pada masa sama, VX310 ini turut dilengkapi dengan lampu LED dan paparan TFT.

Ketika ini, masih tiada pengumuman rasmi daripada Zontes mengenai pelancaran model ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]