Satu Nombor Untuk Segala Urusan PUSPAKOM

Advertisements

Orang ramai boleh menghubungi PUSPAKOM untuk apa jua urusan menerusi nombor khidmat pelanggan baharu di 03-5101 7000.

Talian baharu tersebut menggantikan talian bebas tol PUSPAKOM 1800-88-6927 dan MyPUSPAKOM 1800-22-2210 bagi memudahkan urusan pelanggan.

Waktu talian tersebut beroperasi adalah seperti berikut:

  • Ahad – Jumaat: 8 pagi hingga 5 petang
  • Sabtu: 8 pagi hingga 1 petang

Pengenalan kepada satu nombor tersebut bertujuan memudahkan pelanggan untuk menghubungi PUSPAKOM berbanding sebelum ini.

Pada masa sama, PUSPAKOM turut menyediakan platform atas talian sebagai alternatif antaranya menerusi Live Chat dan E-mel.

Ini merupakan inisiatif PUSPAKOM dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatan secara berterusan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.