Galeri Gambar Motosikal Zontes

Bahagian ekornya tampak agak unik

Artikel oleh Wahid Ooi Abdullah untuk Bikes Republic

  • Jika anda tidak puas lagi menatap gambar motosikal Zontes yang telah dilancarkan minggu lepas, kami ada beberapa buah gambar baharu yang ingin ditunjukkan.
  • Kami telah berpeluang melawat kilang jenama tersebut di Guangdong, China.
  • Tataplah gambar-gambar aksi motosikal-motosikal ini!

Zontes Malaysia telah melancarkan rangkaian baharu motosikal Zontes di Malaysia pada minggu lalu, namun kami pasti anda tidak puas lagi menatap gambar-gambar tersebut.

Kami telah berpeluang melawat kilang Zontes di Guangdong, China pada hujung minggu lalu. Di sana, pengeluar berkenaan telah menyediakan keseluruhan rangkaian model tersebut untuk kami tunggang uji secara ringkas.

Mereka telah menyediakan model-model ZT310-T, ZT310-R, dan ZT310-X di perkarangan kilang berkenaan. Inilah model-model yang akan dijual di Malaysia. Turut disediakan adalah motosikal power cruiser ZT310-V, yang mana ianya mungkin sekali akan tiba di tanah air kita pada masa yang akan datang.

Pengeluarnya, Guangdong Tayo Motorcycle Technology Co., Ltd., turut memiliki beberapa buah jenama motosikal yang lain. Jenama Zontes adalah jenama motosikal utama mereka.

Tatapilah model-model sepuas-puasnya.

ZT310-X

Motosikal ZT310-X adalah motosikal sport-tourer dalam rangkaian ini, dan ia dilengkapi dengan reraup penuh serta pelana lebar yang panjang.

ZT310-T

ZT310-T adalah tawaran kembara/dwi-sukan. Ramai yang telah mengatakan bahawa sekilas pandang motosikal ini kelihatan seperti sebuah motosikal R 1200 GS, tetapi, bila diperhatikan dengan lebih teliti, anda pasti akan nampak banyak perbezaannya.

Motosikal ZT310-T ini mudah untuk ditunggang dan tidak terlalu tinggi. Ia juga didatangkan dengan dua ketinggian pelana yang boleh dilaras.

Penghadang anginnya boleh dilaras secara automatik.

ZT310-R

Sesebuah rangkaian motosikal itu pasti tidak lengkap tanpa tawaran motosikal lumba naked. Dan bagi rangkaian dari Zontes ini, motosikal tersebut adalah model ZT310-R.

KOMPONEN DAN CIRI-CIRI YANG LAIN

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply