Sepuluh Fakta Ringkas Mengenai Model Zontes ZT310-T, Zontes ZT310-R, Zontes ZT310-X, Dan Zontes ZT310-X GP

  • Zontes Malaysia telah melancarkan model Zontes ZT310-T, Zontes ZT310-R, Zontes ZT310-X, dan Zontes ZT310-X GP.
  • Ianya telah ditawarkan pada harga RM19,800 – RM22,800 (tanpa insurans).
  • Zontes menawarkan model berinovasi tinggi, lengkap dengan teknologi terkini dan prestasi terhebat pada harga yang mengagumkan.

Selepas penantian berminggu lamanya, Zontes Malaysia telah melancarkan model Zontes ZT310-T, Zontes ZT310-R, Zontes ZT310-X, dan Zontes ZT310-X GP yang baharu.

Dan seperti mana yang boleh kita lihat dari namanya, model-model ini adalah tawaran terkini dalam segmen motosikal ringan dalam negara.

Zontes terkenal dengan motosikal mereka yang lebih mudah untuk didekati, dengan erti kata lain, senang untuk ditunggang dan lebih mampu dimiliki. Selain itu, para pembeli inginkan motosikal yang didatangkan dengan prestasi hebat, berinovasi tinggi, lengkap dengan teknologi terkini, rupa bentuk yang menawan, berkualiti, selesa, praktikal dan mudah ditunggang, dan pada masa yang sama, pada harga yang menggiurkan.

Di sini kami senaraikan 10 fakta ringkas mengenai model-model Zontes ini:

1. Apakah yang membezakan motosikal Zontes dari motosikal-motosikal yang lain?

Perbezaan paling ketara adalah ciri-ciri yang didatangkan dengan model jenama ini. Ciri-ciri ini selalunya hanya ada pada motosikal berkapasiti tinggi. Motosikal berkapasiti kecil mungkin hanya ada satu atau dua ciri-ciri ini, tetapi tidak semuanya dalam sebuah motosikal.

2. Apakah ciri-ciri tersebut?

Ciri-ciri menarik pada motosikal Zontes adalah:

  • Rupa bentuk yang futuristik, berani, tersendiri, dan unik.
  • Penghadang angin boleh laras secara elektrik (bagi model 310-T dan 310-X).
  • Paparan TFT digital penuh.
  • Penggunaan lampu LED untuk lampu nyalaan siang, lampu hadapan, lampu belakang dan juga lampu isyarat.
  • Bateri Lithium-ion pintar memastikannya mudah untuk dihidupkan dan mengurangkan beratnya.
  • ABS dwi-saluran Bosch M9.1 (boleh dimatikan).
  • Dua mod kuasa: “E” untuk ‘economy’ dan “S” untuk ‘sport’.
  • Fork terbalik.
  • Penyerap hentakan belakang tunggal yang diisi nitrogen.
  • Lengan ayun tempa aluminium ‘one-piece’.
  • Roda aluminium aloi ringan.
  • Kerangka tiub keluli berketahanan tinggi yang menggunakan pendingin minyak.
  • Sistem suntikan bahanapi Delphi.
  • Pelinciran enjin takungan kering.
  • Blok enjin aluminium untuk pendinginan optimum.
  • Tangki bahanapi dengan pelapik bergalvani untuk mengelakkan hakisan dan sistem bahanapi tersumbat.
  • Lapisan nyah-lecur pada peredam ekzos.
  • Penutup tangki bahanapi dikawal secara elektrik.
  • Kunci pelana dikawal secara elektrik.
  • Palam pengecas USB.
  • “Keyless Control System” bagi memastikan penguncian motosikal yang mudah dan selamat.
  • Rak bagasi belakang.

3. Adakah keempat-empat motosikal ini berdasarkan platform yang sama?

Ya, keempat-empat model ini menggunakan platform enjin, kerangka, dan casis yang sama. Ini membolehkan alat gantinya mudah didapati.

4. Ceritakan dengan lebih lanjut mengenai model Zontes ZT310-T

Model Zontes ZT310-T adalah sebuah motosikal kembara (ADV). Ia mungkin kelihatan mirip seperti motosikal BMW R 1200 RT namun apabila diperhatikan dengan lebih teliti anda akan dapat lihat pelbagai perbezaannya.

Ciri-ciri yang membezakannya termasuklah penghadang angin besar bermotor, pelindung tangan, madgad yang tinggi, dan palang perlindungan kemalangan.

Motosikal Zontes ZT310-T telah ditetapkan pada harga RM22,800 (harga asas tidak termasuk cukai, insurans, dan nombor plet).

Zontes Malaysia menawarkan kumpulan pertama Zontes ZT310-T dengan bagasi ‘top box’ dan ‘pannier’ eksklusif.

5. Ceritakan dengan lebih lanjut mengenai model Zontes ZT310-R

Model Zontes ZT310-T adalah motosikal lumba naked dalam rangkaian ZT310 ini.

Zontes sedar bahawa sebuah motosikal lumba naked perlu tampil dengan rupa bentuk yang berani dan ‘extrovert’. Ciri paling menonjol adalah lampu hadapan, lampu belakang, dan pelindung bawah enjinnya yang agresif. Lampu hadapannya digabungkan dengan pelitup radiator memberikan rupa yang mirip seperti robot dalam filem “Real Stee;”. Lampu belakangnya pula diterapkan dalam bahagian ekornya, memberikan rupa bentuk yang lebih agresif dan tersendiri.

Motosikal Zontes ZT310-R telah ditetapkan pada harga RM19,800 (harga asas tidak termasuk cukai, insurans, dan nombor plet).

6. Ceritakan dengan lebih lanjut mengenai model Zontes ZT310-X

Motosikal Zontes ZT310-X adalah tawaran sport-tourer dalam rangkaian ini. Dan dengan itu, ia memerlukan penghadang angin dan reraup bgi melindungi penunggang dari angin dan persekitaran. Palang pemegang yang tinggi memberikan posisi menunggang yang semulajadi dan selesa untuk penunggangan jarak jauh.

Motosikal Zontes ZT310-X ditetapkan pada harga RM20,800 manakala model Zontes ZT310-X GP pula pada harga RM21,600 (harga asas tidak termasuk cukai, insurans, dan nombor plet).

7. Siapa dan dari mana asalnya jenama Zontes ini?

Zontes adalah salah sebuah jenama yang dibangunkan oleh Guangdong Tayo Motorcycle Technology Co., Ltd. di China.

8. Apakah misi Zontes Malaysia?

Zontes Malaysia telah meyakinkan kami bahawa mereka akan mengembangkan lagi rangkaian wakil pengedar mereka di seluruh negara, bukan sahaja untuk menjual motosikal-motosikal ini tetapi untuk turut menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik.

9. Ceritakan dengan lebih lanjut mengenai syarikat ini.

Syarikat ini adalah sebuah usahasama China bersama pelabur luar negara yang telah ditubuhkan pada tahun 2003 dengan jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RM1.6 billion (RMB 2.6 billion). Fasilitinya meliputi kawasan seluas 400,000 meter per segi (40 hektar). Guangdong Tayo memiliki hampir 1,600 kakitangan, dengan 60% daripada mereka memiliki kelulusan ijazah kolej dan yang lebih tinggi.

10. Apakah falsafah Zontes?

Falsafah utama Zontes sebagai sebuah pengeluar adalah inovasi dan kualiti. Syarikat berkenaan memegang 256 paten reka bentuk, 36 paten untuk inovasi, dan 121 paten untuk model utiliti.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.