Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Ahmad Afif Amran tidak gusar dengan penguasaan dipamerkan barisan pelumba Honda ketika pusingan pembukaan Kejuaraan Cub prix Malaysia PETRONAS di Jasin, Melaka, bulan lalu. Afif – penyandang juara keseluruhan CP150 2018 – sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat di belakang juara, Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing),…
Category: Yamaha
Empat buah pengeluar motosikal utama di Jepun, iaitu Honda, Yamaha, Kawasaki, dan Suzuki akan bekerjasama bagi membangunkan teknologi bateri motosikal. Mereka sedang berusaha membangunkan teknologi penukaran bateri bagi mengatasi tempoh pengecasan yang panjang. Yamaha sudah mula bekerjasama dengan Gogoro di Taiwan bagi membangunkan teknologi penukaran bateri ini.
Berkat tidur lewat, seorang pemilik motosikal berjaya menangkap pencuri yang sedang cuba mencuri kenderaan miliknya itu sekitar jam 5 pagi di Gua Musang, semalam. Pemilik, Mohd Fathi Mohd Zubir, 28, sedang bersiap sedia untuk tidur sebelum menyedari lampu motosikal Yamaha 125Z miliknya menyala. Dia kemudiannya bergegas keluar dan mendapati pencuri yang baru berusia 20 tahun…
Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) telah mendedahkan harga bagi model Yamaha Y15ZR v2 2019 pada hari ini. Harga runcit yang disarankan adalah RM 8,268 (harga asas tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans). Ada sesetengah wakil pengedar telah mula mengambil tempahan, jadi, segeralah ke wakil pengedar rasmi yang berhampiran!
Pasukan Ten Kate akan kembali ke kejohanan perlumbaan motosikal pengeluaran, WorldSBK, bersama Yamaha dan Loris Baz. Pasukan ini akan mendapat sokongan sepenuhnya Yamaha Europe dan akan memiliki kelengkapan yang sama seperti pasukan pengilang. Pasukan tersebut telah digugurkan oleh HRC pada saat-saat terakhir pada tahun lepas.
Model Yamaha Niken sudah cukup ranggi sekali, dan ia bertambah ranggi apabila sebuah bengkel di Australia melengkapkannya dengan turbo. Ia mampu menghasilkan 148hp, berbanding 115hp pada motosikal standard. Turut menyerikan pengubahsuaian motosikal ini adalah kemasan warna khusus.
Marc Marquez mendominasi perlumbaan di GP Argentina sekaligus merekodkan kemenangan ketiga di Termas de Rio Hondo. Marquez mempamerkan prestasi mantap sepanjang sesi ujian minggu lalu sebelum mengesahkan kemenangan di hari perlumbaan. Pertahan juara itu berada di depan seawal selekoh pertama dan tampak tidak tergugat sebaik perlumbaan menghampiri pusingan terakhir. Selepas empat pusingan, wakil Honda itu…
Model Ducati Diavel 1260 yang baharu dan Yamaha Niken telah memenangi anugerah berprestij Red Dot 2019 bagi kategori Reka Bentuk. Para juri menganugerahkan penghormatan ini kepada produk berdasarkan reka bentuk dan inovasi. Para pemenang boleh menayangkan label Red Dot pada produk mereka.
Honda meraih kemenangan penuh bermakna dalam aksi pembukaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2019 menerusi Azroy Hakeem Anuar yang mengungguli kategori CP150 di Jasin, Melaka, semalam. Kemenangan tersebut menyaksikan wakil Idemitsu Honda Yuzy Racing itu berjaya merangkul kemenangan pertamanya bagi kategori perdana di samping menamatkan dominasi jentera Yamaha selepas dua musim. Meskipun bermula di petak…