Pencuri Motosikal Diberkas, Gagal Larikan Yamaha 125Z

Berkat tidur lewat, seorang pemilik motosikal berjaya menangkap pencuri yang sedang cuba mencuri kenderaan miliknya itu sekitar jam 5 pagi di Gua Musang, semalam.

Pemilik, Mohd Fathi Mohd Zubir, 28, sedang bersiap sedia untuk tidur sebelum menyedari lampu motosikal Yamaha 125Z miliknya menyala.

Dia kemudiannya bergegas keluar dan mendapati pencuri yang baru berusia 20 tahun itu sedang menghidupkan enjin motosikalnya.

Mohd Fathi berjaya menangkap suspek sebelum mengikat kedua-dua tangan hasil bantuan jiran.

Suspek sempat melarikan diri hampir 100 meter dengan keadaan tangan terikat sebelum kembali ditangkap dengan bantuan orang ramai.

Suspek kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan akan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

(Sumber: Harian Metro)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.