Scania Memperkenalkan Trak Baharu!

 

Scania memperkenalkan Generasi Trak Terbaru di Malaysia yang dicipta khas untuk meningkatkan penjimatan minyak dan keuntungan di samping merendahkan pelepasan Co2.

Generasi trak terbaru oleh Scania itu dilengkapi inovasi ‘powertrain’ baharu yang meningkatakn penjimatan minyak sebanyak tiga peratus hasil daripada pelaburan RM10 bilion dalam kerja penambahbaikan dengan sesi pandu uji yang merekodkan lebih 12 juta kilometer.

Berikut antara ciri terbaru diperkenalkan:

– penjimatan minyak dan prestasi enjin dipertingkat
– rekaan dan bentuk baharu di bahagian depan meningkatkan aerodinamik
– tempoh penjagaan enjin boleh diselaraskan bagi meningkatkan keuntungan
– ciri keselamatan dipertingkat
– kerusi pemandu boleh laras
– ruang bagasi lebih luas
– sistem hiburan baharu dengan paparan 7 inci

Pengarah Urusan Scania Southeast Asia, Marie Sjodin Enstrom meluahkan rasa bangga terhadap model terbaru keluaran mereka terutamanya ketika sesi pandu uji oleh wakil media.

“Trak Generasi Baharu kami telah merangkul pelbagai anugerah sejak dilancar di Eropah antaranya Anugerah Trak Terbaik di samping mendapat reaksi positif daripada media.

“Menyedari kepentingan meningkatkan prestasi kenderaan, kami mendapati pemandu turut memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan pelanggan kami. Untuk itu kami membuat beberapa penambahbaikan antaranya meningkatkan keselamatan, keselesaaan pemandu dan memudahkan pemanduan, kerana pemandu yang gembira akan menghadirkan perniagaan yang baik,”katanya.

Sementara itu, turut hadir bersama dalam majlis pelancaran adalah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply