Cub Prix: Afif Tak Gusar Dengan Penguasaan Jentera Honda

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Ahmad Afif Amran tidak gusar dengan penguasaan dipamerkan barisan pelumba Honda ketika pusingan pembukaan Kejuaraan Cub prix Malaysia PETRONAS di Jasin, Melaka, bulan lalu.

Afif – penyandang juara keseluruhan CP150 2018 – sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat di belakang juara, Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing), Md Helmi Azman (Hi Rev Honda Racing) dan Md Zaqhwan Zaidi yang menduduki tempat ketiga.

Bagaimanapun, Afif enggan keputusan di Jasin memberi kesan sebaliknya yakin dia dan jentera Yamaha miliknya mampu bangkit di Batu Kawan, hujung minggu ini.

“Saya tidak tertekan dengan keputusan pusingan lepas. Perlumbaan di Jasin juga tidak bermaksud prestasi kami musim ini sudah menurun, sebaliknya kami masih mencari keserasian dengan beberapa percubaan dan pelarasan mengikut perubahan peraturan teknikal jentera yang digunakan pada musim ini.

“Sebenarnya, keputusan di Jasin dapat menjadikan saingan musim
ini lebih kompetitif dan menarik. Persaingan diantara jentera Yamaha dan Honda pasti lebih sengit dan kami perlu bekerja lebih keras jika mahu menaiki podium. Kami tidak boleh mengambil langkah mudah walaupun perlumbaan masih di peringkat awal musim.”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.