Motosikal BMW F 850 GS 2019 adalah sebuah model serba baharu dengan pelbagai pengemaskinian yang dinanti-nantikan. Ianya memainkan peranan ‘sport-touring’-nya dengan baik sekali. Namun, ianya paling menyerlah sewaktu penunggangan ‘off-road’.
Category: Tunggang Uji
Model Yamaha YZF-R15 adalah sebuah motosikal lumba ringan. Kelebihannya adalah pada kelajuan menyelekohnya dan kelincahannya. Unit yang kami uji telah mengagumkan kami dengan kelajuan tertingginya.
Kami telah menunggang uji model Ducati Multistrada 950 2018 sewaktu Tunggangan Media anjuran Ducati Malaysia. Motosikal Multistrada 950 ini merupakan tawaran dalam segmen motosikal sport-tourer kelas pertengahan. Ianya sesuai buat pelbagai jenis penunggang.
Motosikal BMW R nine T Scrambler adalah pertaruhan BMW Motorrad dalam ‘revolusi scrambler”. Ia berkongsi casis dan kejuruteraan enjin yang sama seperti model R nine T yang lain. Namun begitu ianya dihasilkan untuk penunggangan ‘off-road’ yang ringan.
Motosikal Kawasaki Ninja 250 2018 adalah sebuah model serba baharu. Enjin baharunya menghasilkan sehingga 38.2hp – enjin motosikal jalan raya empat lejang, 250cc paling berkuasa. Ianya telah ditetapkan pada harga RM23,071 (harga asas).
Ducati Scrambler Icon 2019 yang telah dikemaskini telah dilancarkan pada awal bulan ini. Pengemaskinian penggayaan beserta perubahan bahagian dalaman telah mengubah model Ducati Scrambler Icon 2019 ini kepada sebuah pakej yang lebih premium. Kami telah pergi ke Itali bagi mengalami sendiri motosikal Icon yang dikemaskini ini dan ianya kini lebih selamat serta selesa tanpa mengorbankan…
Motosikal BMW S 1000 R adalah versi ‘roadster’ bagi model BMW S 1000 RR yang mengagumkan. Ia telah ditala khusus untuk penunggangan jalan raya tetapi tidak terasa kekok di atas litar lumba. Ditetapkan pada harga RM82,006.32 (harga asas beserta 0% GST).
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Triumph Tiger 800 XRx adalah sebuah motosikal yang lebih kepada sport-tourer berbanding dengan model Tiger 800 XCx. Kedua-dua rangkaian XC dan XR telah dilancarkan pada bulan lalu. Harga bagi motosikal rangkaian XR bermula dari RM56,900 (harga asas beserta GST) tetapi anda perlu bertindak segera, kerana tawaran ini adalah sehingga Julai…