Tunggang Uji BMW F 850 GS 2019

  • Motosikal BMW F 850 GS 2019 adalah sebuah model serba baharu dengan pelbagai pengemaskinian yang dinanti-nantikan.
  • Ianya memainkan peranan ‘sport-touring’-nya dengan baik sekali.
  • Namun, ianya paling menyerlah sewaktu penunggangan ‘off-road’.

Motosikal BMW F 850 GS 2019 akhirnya boleh didapati semenjak pelancarannya pada bulan Oktober tahun lalu.

Ianya jelas sekali bahawa motosikal baharu ini akan mengangkat model kelas pertengahan GS ke satu aras yang baharu, membuatkan model F 800 GS yang terdahulu nampak amat ringkas dan ala kadar sahaja.

Pengemaskinian pada rangkaian F 8XX GS oleh BMW Motorrad ini datang tepat pada masanya. Ini kerana para pesaingnya, rangkaian Tiger 800 generasi ketiga yang menakjubkan Triumph, dan model KTM 790 Adventure telah menjadi tanda aras untuk motosikal kelas pertengahan.

Penggayaan

Ia tampak seperti model F 850 GS ini dan R 1250 GS baharu mereka telah direka pada masa yang sama. Ianya jelas sekali adalah sebuah model GS, tetapi ia juga merupakan sebuah model 850. Ianya sebuah motosikal yang menawan untuk dipandang dari segenap sudut. Paruh hadapannya yang tajam, lampu hadapan LED asimetrik, alur badan yang lancar, diakhiri dengan lampu belakang R 1200/R 1250 GS. Roda berjejari emas menambahkan lagi tarikan keseluruhannya.

Komponen

Pertama sekali, enjin. Enjin parallel-Twin 853cc baharu mempunyai aturan pembakaran baharu, tidak lagi menggunakan engkolan 360º yang lama (kedua omboh naik dan turun pada masa yang sama). Sebaliknya, engkolan baharu menggunakan ofset 270º bagi meniru enjin V-Twin 90º. Ini menghasilkan lengkungan daya kilas yang lebih lancar dan mengurangkan gegaran.

Enjin baharu ini menghasilkan 95hp pada 8,250rpm dan 92Nm tork pada 6,250rpm. Tebaran 2,000rpm antara kuasa kuda maksimum dan daya kilasan bermakna yang enjin ini ‘fleksibel’.

Selain itu, transmisinya kini dilengkapi dengan klac gelinciran, dan pacuan akhirnya berada di sebelah kiri.

Bersama dengan kerangka baharunya itu, tangki bahanapinya kini berada di kedudukan asal di hadapan penunggang. Ini bagi memberikannya agihan berat hadapan/belakang 49/51 yang lebih seimbang. Kerangka baharu pada motosikal ini diperbuat daripada komponen yang dihasilkan menggunakan proses “deep draw” dan telah dikimpal.

Fork hadapannya baharu namun tidak boleh dilaras, manakala bagi penyerap hentakan belakang tunggalnya boleh dilaras untuk redaman pra muatan dan lantunan.

Paparan instrumen baharunya adalah sebuah skrin TFT pelbagai fungsi baharu. ‘Halaman’ utamanya menunjukkan data seperti kitaran, kelajuan, dan kedudukan gear, dan anda perlu beralih ke halaman yang berikutnya untuk mendapatkan maklumat mengenai tahap bahanapi dan jangkauan perjalanan. Ianya mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai menu yang ada. Ia juga perlu ditekan berbilang kali pada butang MENU dan alat kawalan berbilang. Terdapat begitu banyak maklumat yang ada untuk anda cari ketika berhenti di lampu isyarat (dan menarik perhatian penunggang motosikal yang lain).

Tanggapan mengenai penunggangannya

Unit yang telah kami tunggang uji telah didatangkan dengan pilihan pelana rendah, membolehkan kaki kami untuk mencecah tanah dengan mudah.

Posisi duduknya, seperti yang boleh dijangkakan, adalah menegak, dengan palang pemegang diangkat ke atas dan rapat ke penunggang. Dan pada masa yang sama, kelebaran palang pemegangnya sedang-sedang sahaja, tidak terlalu lebar, jadi kami tidak terasa seperti terlalu mendepangkan tangan.

Terdapat empat mod penunggangan: DYNAMIC, ROAD, RAIN, dan ENDURO, manakala mod ENDURO PRO adalah mod yang tidak boleh dipilih pada varian ini. Kami lebih gemar menunggang dalam mod DYNAMIC kerana ianya mirip dengan mod SPORT.

Bagaimana pun, pendikitnya terasa agak lembut dan agak perlahan tindak balasnya, tidak kiralah mod penunggangan yang telah dipilih, bagaikan kabel wayar pendikitnya itu terlalu kendur. Dan oleh kerana itulah kami menunggangnya dalam mod DYNAMIC.

Namun, janganlah anda sangsi! Enjin baharunya itu cukup ampuh sekali dan akan melonjak ke hadapan seperti sebuah R 1200 GS sekiranya anda memulas pendikitnya itu. Motosikal ini akan meluru pantas melalui keseluruhan kitaran dan gearnya melepasi kelajuan 200km/j. Nisbah transmisi lebar baharunya itu memudahkannya untuk mencapai kelajuan 150 hingga 160km/j sepanjang masa.

Suspensinya juga turut memberi kejutan. Ia terasa amat lembut dan dengan itu, tidak terasa begitu banyak maklum balas. Ditambahkan lagi dengan pelana rendahnya (yang meletakkan berat kita pada roda belakang), ia memerlukan lebih tenaga bagi membolehkan motosikal bertukar arah. Namun, tahap kelembutan itu menjadi kelebihan apabila motosikal berada di tengah-tengah selekoh , di mana daya emparan menolak berat motosikal ke arah bahagian yang lebih keras dalam lejang suspensi.

Kami berjaya meluru masuk ke dalam selekoh pada kelajuan antara 160 hingga 180km/j.

Pada sudut yang sebaliknya, suspensinya tidak pernah melandut habis. Penyerap hentakan belakang ada terlompat sedikit sebelum kami laraskan redaman lantunan tetapi ianya masih boleh diterima.

Motosikal F 850 GS ini adalah sebuah motosikal yang mudah untuk dipelajari. Kami dengan pantas telah dapat menguasainya dan menggunakan kelajuan tambahan yang hadir dengan klac gelinciran. Suspensinya yang lembut itu menyerap setiap bonggolan di atas jalan dan mengekalkan motosikal pada laluan yang dipilih. Kekurangan maklum balas agak menakutkan pada mulanya, tetapi kami mulai meyakini tayar Michelin Anarkee dan mendesaknya ke had kebolehannya (dan menggeserkan tempat letak kakinya).

Namun begitu, kami masih berasa yang ia perlu ada kebolehan pelarasan pada fork hadapan, terutamanya dari segi redaman mampatan bagi memberikannya lebih ‘feel’ ketika menunggang atas jalan raya. Kekurangan maklum balas di atas jalan raya yang basah menimbulkan kerisauan jika tayar itu tiba-tiba hilang cengkamannya. Selain itu, forknya yang juga mendekam keras sewaktu pembrekan kuat.

Akhir sekali, kami dapati yang model F 850 GS ini lebih terjurus ke arah penunggangan ‘adventure-touring’, walaupun ia memainkan peranan ‘sport-touring’-nya dengan baik sekali. Kebolehan suspensi sebegini adalah sesuatu yang akan anda jupa pada motosikal enduro, dan kami tahu kebanyakan penunggang tidak akan terganggu dengannya. Lagi pun, penghadang angin tidak bole dilaras yang rendahnya itu adalah klu ketara akan kebolehan ‘off-road’ motosikal ini.

Dan dengan itu, ianya hadir dengan perwatakan yang berbeza sama sekali di atas tanah merah. Tindak balas pendikit yang lembut pada awalnya membolehkan kami untuk memanipulasi kelajuan kami dengan lebih sensitif dan lebih mudah untuk dijangka. Suspensi dengan ruang gerakan yang panjang menyerap bonggolan dengan amat baik meski pun ketika kami sedang duduk.

Kesimpulan

Motosikal F 850 GS ini adalah satu langkah kanan yang hebat buat model ini. Ianya kini lebih ‘moden’, lebih pantas dan selesa, dan dengan itu, lebih sesuai untuk kegunaan harian. Selain daripada kebolehan ‘off-road’-nya itu, ia kini juga lebih praktikal bagi perjalanan jarak jauh.

Model F 850 GS ini menawarkan sesuatu yang lebih sesuai bagi lebih banyak penunggang, yang inginkan sesuatu yang lebih mampu dimiliki, ringan, dan lebih kecil berbanding motosikal R 1250 GS. Malahan, model F 850 GS ini mungkin lebih berkebolehan berbanding saudaranya yang lebih besar dalam pelbagai segi.

SPESIFIKASI TEKNIKAL

ENGINE
ENGINE TYPE 2-cylinder, 4-stroke, DOHC, liquid-cooled, parallel-Twin with 270crankshaft
DISPLACEMENT 853 cc
BORE x STROKE 84.0 mm x 77.0 mm
POWER 95 hp (70 kW) @ 8,250 RPM
TORQUE 92 Nm @ 6,250 RPM
COMPRESSION RATIO 12.7:1
TRANSMISSION Constant mesh, 6 speed
FUEL SYSTEM Electronic fuel injection with ride-by-wire throttle
CLUTCH Multiple-plate wet clutch with slipper feature, cable operated
CHASSIS
FRAME Bridge-type frame, steel shell construction
FRONT SUSPENSION Upside-down ø 37 mm forks
REAR SUSPENSION Monoshock with WAD strut, spring preload hydraulically adjustable, rebound damping adjustable
SUSPENSION TRAVEL FRONT/REAR 230 mm / 215 mm
FRONT BRAKE 2x 2-piston floating calipers, ø 305 mm floating discs
REAR BRAKE 1X single-piston floating caliper, ø 265 mm brake disc
ABS BMW Motorrad ABS (disengable)
TIRES FRONT/REAR 90/00 R-21; 150/70 R-17
STEERING HEAD ANGLE 28o
TRAIL 126 mm
WHEEL BASE 1,593 mm
SEAT HEIGHT 860 mm standard, 815 mm with suspension lowering kit, 835 mm with low seat, 875 with OE comfort seat, 890 with OA rally seat
FUEL TANK CAPACITY 15 litres
WEIGHT (READY TO RIDE) 229 kg

GALERI GAMBAR

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.