Model Triumph Thruxton R TFC adalah sebahagian daripada rangkaian Triumph Factory Custom. Berdasarkan namanya itu, ianya merupakan model pengeluaran terhad mewah utama. Hanya 750 unit yang akan dibina.
Category: triumph
Gambar-gambar bagi apa yang mungkin sekali sebuah model Triumph Rocket III telah dibocorkan dalam talian internet. “Motosikal baharu” ini digayakan dengan lebih agresif berbanding dengan model semasanya. Ia akan meletakkan model Rocket III ini di satu kedudukan yang membolehkannya bersaing secara langsung dengan model power cruiser semasa.
Triumph telah mendedahkan harga bagi model Triumph Scrambler 1200 2019. Bagaimana pun, buat masa ini, harga ini adalah bagi pasaran Amerika Syarikat. Ianya boleh dikatakan agak berpatutan, memandangkan yang ianya didatangkan dengan lebih banyak teknologi, berbanding para pesaingnya.
Motosikal Triumph Bonneville Speed Twin 2019 telah pun diperkenalkan. Ia dilengkapi dengan pengendalian serta enjin berprestasi tinggi, dan juga rupa paras retro. Motosikal ini mengambil ilham daripada motosikal berprestasi tinggi pertama keluaran Triumph, iaitu model Speed Twin 1937.
Para penunggang Moto2 telah pun menguji enjin Moto2 Triumph 2019. Para pasukan Moto2 kemudiannya akan membina kerangka motosikal untuk enjin ini. Namun, berapa banyak kuasa kuda yang boleh dihasilkan oleh enjin perlumbaan ini?
Triumph Motorcycles mengekalkan kedudukan tempat pertamanya sebagai pengeluar motosikal besar dari Barat di Thailand. Pengeluar tersebut berjaya mengekalkan kedudukannya meskipun dengan kemelesetan keseluruhan dalam pasaran motosikal Thailand. Triumph Motorcycles Thailand kekal optimis kerana dua bulan yang berikutnya seringkali mendapat permintaan yang tinggi.
Triumph telah kembali ke asal usul perlumbaan padang pasirnya di Baja 1000. Mereka akan mempertaruhkan jentera Triumph Scrambler 1200 XE 2019. Motosikal ini akan dilengkapi dengan kelengkapan standard secara amnya kecuali untuk beberapa buah kelengkapan perlumbaan padang pasir.
Motosikal Triumph Scrambler 1200 2019 yang dinanti-nantikan telah pun diperkenalkan secara rasmi kepada warga media. Motosikal ini menggabungkan rupa paras klasik motosikal Bonneville dengan kebolehan model Tiger 800. Model Scrambler 1200 akan merevolusikan jentera scrambler moden.
Jenama Triumph telah dinamakan sebagai jenama motosikal paling memuaskan di Australia. Jenama dari England berkenaan muncul teratas dalam kaji selidik buat tahun kedua berturut-turut. Keputusan ini diperolehi daripada satu kaji selidik yang telah dijalankan yang mengambil maklum balas daripada kalangan pengguna.