Triumph Motorcycles Dinamakan Jenama Paling Memuaskan Di Australia

  • Jenama Triumph telah dinamakan sebagai jenama motosikal paling memuaskan di Australia.
  • Jenama dari England berkenaan muncul teratas dalam kaji selidik buat tahun kedua berturut-turut.
  • Keputusan ini diperolehi daripada satu kaji selidik yang telah dijalankan yang mengambil maklum balas daripada kalangan pengguna.

Pengeluar motosikal ternama dari England, Triumph Motorcycles, sekali lagi telah dinobatkan sebagai jenama motosikal paling memuaskan di Australia. Keputusan ini telah diperolehi melalui satu kaji selidik tahap kepuasan pengguna yang dijalankan oleh Canstar Blue.

Ini adalah tahun kedua berturut-turut di mana Triumph telah muncul di tempat teratas dalam kaji selidik motosikal tahunan tersebut. Pemenang sebelum ini adalah Yamaha pada tahun 2016, dan Harley-Davidson pada tahun 2015. Kaji selidik tahunan ini bermula pada tahun 2015.

Para pengguna telah menilai setiap jenama motosikal berdasarkan beberapa buah faktor-faktor tertentu, antaranya ialah reliabiliti, gaya, pengendalian, keselesaan, nilai pembelian, perkhidmatan titik jualan, ciri-ciri teknologi, dan kepuasan keseluruhan.

Kaji selidik ini telah mendapatkan maklum balas daripada para pemilik Ducati, Harley-Davidson, Yamaha, Honda, Suzuki, Kawasaki, dan BMW.

Ketara tiada dalam kaji selidik ini adalah KTM, walaupun mereka adalah jenama keempat terlaris di belakang Honda, Yamaha, dan Kawasaki.

Laman sesawang tersebut juga telah menilai helmet, sarung tangan, jaket, but, dan tayar.

Triumph mengutip lima bintang dalam lima daripada lapan kategori – kepuasan keseluruhan, reliabiliti, gaya, pengendalian dan keselesaan. Jenama tersebut berkongsi tahap penilaian tertinggi dalam pengendalian dengan Ducati.

Ducati mengutip lima bintang untuk ciri teknologi, namun, Triumph dengan tidak semena-menanya telah diberikan taraf “tidak berkenaan”, walaupun motosikal moden Triumph dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri berteknologi tinggi, terutamanya bagi model Tiger 800 dan rangkaian Street Triple. Model retro klasik Bonneville juga turut didatangkan dengan ciri kawalan cengkaman yang canggih.

Triumph Scrambler 1200 2019 Akan Dilancarkan Dalam Masa Seminggu

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.